Isteri Hamil 7bulan, suami suruh Selfie Ke Tebing dan Ditolak, Rupanya ada niat lain

Butterfly Valley yang terletak di Turki menjanjikan pemandangan alam luar biasa buat para kaki selfie ataupun pendaki bukit tegar. Malangnya bagi wanita bernama Semra Aysal, detik-detik indah yang diluangkan bersama suami, Hakan Aysal rupanya menjadi sisa akhir hidupnya kerana lelaki itu merancang agenda lain.

Saat kejadian berlaku, Semra sedang hamil 7 bulan. Pada Jun 2018, Hakan telah membawa Semra berjalan di lokasi pelancongan tersebut dan berhenti di sebuah tebing bukit untuk mengambil gambar.

Walaupun sedia tahu isterinya sejenis gayat, Hakan tetap menyuruh untuk pergi hujung sedikit demi sedikit sebelum bertindak menolak Semra ke bawah.

Hakan sanggup habiskan masa 3 jam di tebing bukit untuk pastikan tiada sesiapa di sana. Di sinilah Hakan memulakan sandiwara. Dia segera turun ke bawah untuk meminta bantuan daripada pengunjung lain.

Saksi mendedahkan saat itu mereka terus bantu mencari-cari keberadaan Semra, namun katanya Hakan nampak sangat tenang seperti tiada apa-apa terjadi.

Hakan terlampau tenang… Tidak nampak seperti suami yang sedih kehilangan isteri. Awalnya ia dianggap sebagai insiden yang tidak disengajakan. Namun pihak berkuasa mula mencurigai sesuatu kerana sehari selepas kejadian, Hakan telah membuat tuntutan pengeluaran insurans bernilai RM237,230.

Abang kandung Semra juga ikut pelik melihat sikap tenang Hakan. Tatkala mereka sekeluarga begitu sedih dalam proses mengambil badan Semra di Institut Perubatan Forensik, Hakan hanya duduk dalam kereta dan tidak nampak sedih Iangsung.

Semra tidak suka buat loan…Namun keluarga dapati ada 3 loan dibuat oleh Hakan atas nama Semra. Saat dibicarakan, lelaki terbabut tidak mengaku bersalah dan membuat rayuan bebas atas dakwaan dirinya mengalami masalah gangguan jiwa (gila).

Namun pihak medik mengesahkan Hakan sebagai waras. Justeru mahkamah mengenakan hukuman penjara selama 30 tahun ke atasnya sebelum dibenarkan membuat rayuan pembebasan.

Sumber : mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*