Kes Syed Saddiq Di Mahkamah Rayuan: Bebas Atau Kekal Bersalah?

Setelah lima tahun berdepan dengan kes, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya dibebaskan daripada sabitan dan hukuman berhubung pertuduhan bersubahat dalam kes pecah amanah, salah guna dana, serta pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Keputusan tersebut diputuskan oleh Mahkamah Rayuan yang membabitkan panel tiga hakim, iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

@xtra_my

“Setelah 5 tahun menunggu, mungkin kebenaran akan menang hari ini” – Syed Saddiq

♬ original sound – XTRA

@cik.dotty Alhamdulillah..Alhamdulillah…Alhamdulillah😭😭😭😭🤲🤲🤲🤲 @syedsaddiq Allah SWT sentiasa bersama dengan orang yg benar😢 Cr live : Beautifulnara #syedsaddiq #tiktokmalaysia #bellaastillah #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #artismalaysia #trending #videoviral #videoviral #masukberanda #fypviral #tiktokmalaysia🇲🇾 #bass ♬ original sound – Cik Dotty

Dalam penghakiman yang dibacakan oleh Hakim Datuk Noorin, mahkamah mendapati bahawa kes terhadap Syed Saddiq tidak mempunyai asas yang kukuh. Pendakwaan gagal membuktikan elemen bersubahat, walaupun pada tahap kes prima facie.

- IKLAN -

Tindakan mengeluarkan wang itu sendiri tidak dianggap memenuhi elemen actus reus atau perlakuan fizikal jenayah.

- IKLAN -

Mahkamah juga menyatakan bahawa pendakwaan gagal mengaitkan Syed Saddiq dengan unsur bersubahat yang diperlukan dan oleh itu, sabitan oleh Mahkamah Tinggi atas keempat-empat pertuduhan tersebut tidak dianggap selamat.

Panel hakim turut menegaskan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah melakukan kesilapan apabila menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda sebanyak RM10 juta kepada beliau.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi telah mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dalam pecah amanah jenayah, salah guna dana dan pengubahan wang haram melibatkan dana Armada.

Walau bagaimanapun, beliau diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman sepanjang tempoh menunggu keputusan rayuan, dan rayuannya kali ini telah diterima.

Kredit – OhMediaFB Sinar Harian