Ucapan Shuib Buat Watie Sempena Anniversary Ke-2, Netizen Terus ‘Like’ Bertalu-Talu!

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu, baru-baru ini meluahkan rasa cinta dan penghargaan yang mendalam kepada isterinya, Watie Hanifiah, sempena ulang tahun perkahwinan kedua mereka. Menerusi hantaran di Instagram, Shuib berkongsi ucapan romantik yang mencuri perhatian ramai, mengungkapkan betapa berharganya kehadiran Watie dalam hidupnya sebagai rahsia Tuhan yang terindah.

Pelawak dan usahawan, Shuib titip ucapan romantik buat isterinya, Watie Hanifiah sempena ulang tahun perkahwinan ke-2 mereka, semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad di laman Instagramnya, dia menyifatkan kehadiran Watie dalam kehidupannya adalah rahsia Tuhan yang paling berharga.

Shuib titip ucapan romantik

“Rahsia Tuhan.
“Alhamdulilah ulang tahun perkahwinan yang kedua. Sebuah cerita indah, kesayangan dunia dan akhirat. Insya-Allah,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Shuib titip ucapan romantik

Semoga terus berbahagia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mendoakan agar pasangan bagai merpati dua sejoli itu terus berbahagia hingga ke jannah bersama anak-anak tersayang.

- IKLAN -

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.

Sebelum ini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.

- IKLAN -

Ucapan penuh kasih sayang Shuib ini bukan sahaja mendapat respon hangat daripada netizen dan rakan artis, tetapi juga menjadi inspirasi buat pasangan lain dalam membina rumah tangga yang penuh dengan cinta dan doa. Semoga kebahagiaan Shuib dan Watie kekal berpanjangan hingga ke jannah.

Sumber: Instagram @Shuibsepahtu