Walau Sibuk Macam Mana, Aliff Syukri Tak Tinggalkan Solat Berjemaah!

Walaupun kesibukan sebagai usahawan terkenal, Aliff Syukri tetap mengekalkan tradisi penting dalam hidupnya — berjemaah bersama keluarga. Dalam satu video yang dikongsikan, Aliff meluahkan bahawa walaupun tidak semua momen boleh ditunjukkan kepada umum, ia adalah kenangan berharga yang dirakam khas untuk dirinya dan keluarga.

“Walaupun sesibuk mana saya sekalipun, saya tetap berjemaah dengan keluarga saya. Cuma takkan nak tunjuk semua apa yang kita lakukan awak. Video ini sebagai kenangan buat saya dan keluarga,” ujar Aliff Syukri.

Video ini turut menjadi platform Aliff untuk memohon doa agar beliau terus kuat dan berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan penyokong yang sentiasa memberikan sokongan kepada bisnesnya.

Tonton video di sini:

 

- IKLAN -

“Doakan papa kuat dalam bisnes dan terima kasih kepada korang yang sentiasa support bisnes papa,” tambahnya penuh keikhlasan.

Momen ini menunjukkan bahawa walaupun bergelar usahawan berjaya dan terkenal, nilai kekeluargaan tetap menjadi keutamaan dalam hidup Aliff Syukri. Ia juga mengingatkan kita bahawa kejayaan bukan sahaja diukur melalui pencapaian material, tetapi juga melalui kekuatan hubungan keluarga yang kukuh.