Alhamdullilah. Akhirnya Sah Bertunang Dengan Watie, Ini Kata-Kata Shuib Buat Ramai Peminat Mendoakan

Kuala Lumpur – Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya iaitu Watie Hanifiah pada Sabtu.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, menghantar rombongan meminang di kediaman keluarga Watie di Shah Alam yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Pada majlis itu, Shuib turut membawa tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie.

Shuib Kini Tunang Watie Hanifiah

Manakala Watie pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.

Pasangan itu dijangka bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Jun ini.

Sementara itu, Shuib menerusi Instagram miliknya mengesahkan berita pertunangannya dengan Watie.

Tampil menggayakan sepasang baju Melayu lengkap bersamping rona hijau pucuk pisang turut memohon doa daripada pengikut dan peminatnya agar dipermudahkan segala urusan mereka berdua.

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Hari ini 6 Mei 2023, Alhamdulillah saya baru sahaja lepas melangsungkan pertunangan bersama dengan Watie.

“Jadi, saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami. Insya Allah. Doakan tau. Selamat hari raya,” katanya.

Pada April, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.

Kata Shuib, sebanyak 30 peratus persiapan perkahwinan telah dibuat namun mengakui berasa malu untuk berkongsi tentang majlis pernikahannya nanti.

30 peratus persiapan kahwin dah siap, Insya Allah saya dan Watie akan bernikah pada bulan Jun tahun ini.

Dewan dah tempah. Saya sebenarnya rasa malu nak bercerita fasal ini. Nak kongsi dengan kawan-kawan pun saya rasa malu.

Insya Allah majlis pernikahan dan bersanding akan diadakan serentak pada Jun ini, katanya.

Untuk rekod, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*