(Video) Fila Amir tempelak dakwaan rupa anak ‘tak sama ayah’ – jelaskan lahir melalui IVF dengan sperma suami

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan usahawan Fila Amir menepis spekulasi segelintir netizen yang mendakwa puteri sulungnya, Assara Adama Camara, bukan darah daging suaminya, Adama Camara.

Dalam satu potongan video siaran langsung di TikTok yang kini tular, Fila – nama sebenar Nur Afilah Amir Rusdi – menjawab secara tegas selepas diberitahu ada pengguna media sosial mempersoalkan wajah Assara yang dikatakan tidak memiliki iras bapanya.

“Macam mana boleh kata bukan anak Adama? Saya buat IVF (persenyawaan in-vitro).
Doktor kutip sperma siapa? Untuk prosedur IVF, sperma wajib daripada suami – dua-dua kena halal kalau Islam,” kata pempengaruh berusia 29 tahun itu.

Latar belakang rawatan kesuburan

Fila dan Adama – bekas pemain import bola sepak kelahiran Guinea – mendirikan rumah tangga pada 2019. Pasangan itu pernah berkongsi perjalanan hamil menerusi kaedah IVF selepas berdepan kesukaran mendapatkan zuriat secara semula jadi. Assara, kini berusia setahun lebih, dilahirkan pada Oktober 2023.

Nasihat buat warganet

Di ruangan komen, ramai pengikut menasihati Fila supaya tidak memberi ruang kepada komen berunsur provokatif dan terus fokus kepada keluarga. Ada juga yang mengingatkan bahawa genetik anak tidak semestinya menonjolkan persamaan wajah dengan ibu ataupun bapa.

- IKLAN -

Tumpu kebahagiaan keluarga

Menutup kenyataan, Fila menyeru orang ramai berhenti membuat andaian yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

“Saya kongsi kisah IVF untuk beri ilmu, bukan buka ruang fitnah. Yang penting Assara sihat, kami bahagia,” ujarnya.

@nanimubarak86 Replying to @mufc kenapa kamu sakit hati sangat kat dorang. Pernah kena reject ngan Fila ke dulu? Dosa dengan orang yang tak dikenali. #mamadil #filaadama ♬ original sound – Nani Mubarak – MAMADIL MY

Video asal: TikTok @nanimubarak

- IKLAN -