Peguam Negara arah gali semula jenazah Zara Qairina untuk bedah siasat susulan

KUALA LUMPUR — Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan jenazah pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan sekali lagi.

Langkah itu diambil selepas AGC meneliti laporan penuh siasatan awal yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mendapati keperluan untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi melengkapkan siasatan.

@sinarharianonline

Jabatan Peguam Negara mengesahkan keperluan untuk menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berusia 13 tahun itu. Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas penelitian dilakukan terhadap laporan penuh siasatan awal yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian remaja terbabit. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #ZaraQairina #PeguamNegara #PDRM #Buli #JusticeForZara

♬ Dramatic Tension – Litne

- IKLAN -

Menurut kenyataan AGC, arahan tersebut adalah sebahagian daripada beberapa tindakan susulan yang diminta agar siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

“Langkah ini bertujuan memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina,” kata AGC.

Sebelum ini, ibu mangsa, Noraidah Lamat, 45, turut memohon agar kubur anaknya digali semula demi mencari jawapan sebenar serta mendapatkan keadilan.

@fadhlimalikan Keluarga mohon gali semula kubur arwah untuk bedah siasat . Moga ada keadilan buat arwah 🤲 #justiceforzara #kempendidikan #zaraqairina #saynotobullying #fyp #fypシ゚ #foryoupage #xyzbca ♬ original sound – cgfadhli

@borneotvmalaysia “Langkah ini bertujuan untuk memastikan PDRM (polis Diraja Malaysia) memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina,” katanya melalui kenyataan hari ini. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #justiceforzara ♬ bunyi asal – darat254

Permintaan itu timbul susulan rasa tidak puas hati terhadap punca kematian yang masih menimbulkan persoalan.

Untuk rekod, kejadian berlaku pada 16 Julai lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar, Sabah.

Zara dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang pada kira-kira jam 4 pagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Pada 31 Julai, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kes berkenaan.

Isnin lalu, AGC mengesahkan menerima laporan penuh siasatan awal pada 3 Ogos di Cawangan Sabah dan 4 Ogos di Ibu Pejabat AGC Putrajaya, sebelum menyerahkannya semula kepada polis untuk siasatan lanjut.

AGC menegaskan semua aspek akan diterokai agar tiada perkara terlepas pandang, manakala orang ramai diingatkan untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas serta mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan keluarga mangsa.

Sumber – BHOnline