“Seorang Ibu tunggal.. Punya Anak 3 org.” Sudah berkali2 minta maaf.. Ramai sebak bila tahu keadaan sebenar Makcik kemboja…

Kontroversi melibatkan usahawan, Mariyah Yaakob, 47 yang dikenali sebagai Makcik Kemboja nampaknya kian berlarutan apabila peguamnya mendakwa perniagaan wanita itu diboikot susulan apa kejadian yang telah berlaku.

Memetik laporan dari Kosmo! peguam kepada Mariyah, Kamal Hisham Jaafar telah membuat rayuan pengurangan jaminan dalam prosiding di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail di Mahkamah Sesyen Melaka atas alasan tersebut.

Terjejas waktu pandemik, kini makin memburuk

Dalam hujah yang dibuat Kamal, perniagaan milik usahawan berketurunan Kemboja yang beroperasi sebagai syarikat jahitan pukal dikenali Mariyah Holdings Sdn. Bhd telah terjejas teruk akibat pandemik tempoh hari dan belum pulih sehingga kini ditambah kontroversi yang berlaku.

“Keadaan itu semakin memburuk kerana wujud kempen-kempen memboikot produk keluaran syarikat tertuduh (Mariyah) sehingga menjejaskan kewangan syarikat.
“Saya percaya tertuduh telah dihukum walaupun dia belum dijatuhi hukuman bersalah oleh pihak mahkamah,” katanya.

Wang jaminan dikurangkan, kewangan terjejas kerana Makcik Kemboja diboikot

Menerusi prosiding berkenaan, Mariyah telah mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan memuat naik suatu pernyataan di aplikasi TikTok seakan mengapi-apikan masyarakat Melayu sekitar pertengahan November lalu dan didakwa mengikut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Selain Mariyah, anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22 juga didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) serta boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

@mariyahholdings♬ Thank You Allah – Vocals Only Version – Maher Zain

Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Ahmad Sazali Omar telah mencadangkan agar kedua beranak itu dikenakan jaminan sebanyak RM60,000 namun mahkamah bersetuju menetapkan RM25,000 sahaja.

Difahamkan, Mariyah merupakan ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata berusia 22,18 dan 13 tahun.

Sebutan semula kes pada 12 Januari tahun hadapan dan kedua-dua mereka dikenakan syarat tambahan dengan menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah.

Sumber: Kosmo! (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*