Aksi Manja Nadzmi & Ardell Buat Netizen Melting, ‘Good Wife, Good Husband

- IKLAN -

Pelakon Nadzmi Adhwa mencuri perhatian netizen dengan kelakuan lucu apabila dimarahi isterinya, Ardell Aryana, gara-gara tidak berhenti bercakap meskipun dia dalam keadaan penat. Sikap isteri yang sinonim dengan sifat kuat membebel menjadi teguran lucu buat Adhwa yang dianggap “tertukar roh” dalam hubungan mereka.

Menerusi TikTok Live yang dikongsi di media sosial Threads, Ardell kelihatan sabar melayan kerenah suaminya. Ketika Adhwa berkata dia sudah penat dan ingin berehat, Ardell minta dia berhenti kerja sementara supaya ia dapat membantu menjual barang. Namun, Adhwa tetap membalas setiap arahan yang menyebabkan Ardell “naik angin” kerana Adhwa terus “membebel” walaupun diminta diam.

VIDEO  :

@fydah_yaman #ardellaryana #MisikeG4z4 #SumudNusantara #sumudflotillasavehumanity🇵🇸 #sumudflotillanusantara ♬ original sound – 🌸•ᥫ᭡FY COLLECTION•ᥫ᭡•🌸

Komen netizen yang menyaksikan aksi ini rata-rata terhibur dan mengakui sikap Nadzmi memang sudah sebegitu sejak sebelum berkahwin. Ada yang kata ini tanda lelaki yang menjaga anak dan isteri, ada yang doakan kesejahteraan Ardell kerana terpaksa bersabar dengan telatah suaminya. Gelagat mereka yang seolah-olah “tertukar roh” itu membuat ramai yang terhibur dan ketawa bersama.

- IKLAN -

Ardell kini menjalani Misi Global Sumud Flotilla menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza bersama Zizi Kirana. Pasangan ini berkahwin sejak 1 September 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arwa Malaikha Urwa dan Arwa Uthman Affan, membentuk keluarga bahagia walaupun penuh liku.

Aksi mereka ini membuktikan betapa kehangatan hubungan rumah tangga selebriti juga boleh menjadi sumber inspirasi dan hiburan buat masyarakat yang mengikuti perkembangan mereka di media sosial.

Sumber: Gempak, Threads