Anwar Ibrahim Tegaskan BUDI95 Tidak Zalim, Subsidi Berfokus Demi Rakyat Malaysia

Program Bantuan Subsidi Madani RON95 (BUDI95) yang diumumkan kerajaan menjadi bualan hangat selepas segelintir pihak, termasuk pendakwah selebriti, mengkritik mekanisme pendaftaran dan kuota subsidi petrol RON95. Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan rasional pelaksanaan dasar tersebut dan menempelak tuduhan kononnya BUDI95 bersifat zalim.

Kenapa Perlu Pendaftaran MyKad – Elak Ketirisan Subsidi!

Anwar menjelaskan, langkah mendaftar melalui kad pengenalan (MyKad) perlu bagi memastikan subsidi benar-benar disalurkan kepada rakyat tempatan sahaja. Beliau menegaskan jika tiada mekanisme sebegini, ramai bukan warganegara dan pihak yang tidak layak akan menikmati subsidi, menyebabkan penyelewengan dana negara. Rakyat Malaysia yang layak kini mendapat harga petrol RON95 serendah RM1.99 seliter untuk 300 liter sebulan, berbanding RM2.60 seliter untuk bukan warganegara.

Kritikan Pendakwah – “Ada yang Marah Kononnya Zalim”

@501awani Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak segelintir pihak termasuk seorang pendakwah selebriti yang mengkritrik pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI RON95 (BUDI95) tanpa memahami rasional di sebaliknya. #AWANInews ♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Menurut Anwar, sebahagian pengkritik menuduh BUDI95 zalim kerana membataskan kuota subsidi petrol dan memerlukan pendaftaran. Ada pendakwah yang mempertikaikan kuota 300 liter sebulan dan proses verifikasi MyKad. Namun, beliau tegaskan subsidi dan bantuan kerajaan mesti sampai kepada yang benar-benar berhak, bukan sewenang-wenangnya dinikmati semua.

- IKLAN -

Lebih tegas, Anwar menyatakan, “Kenapa kita mahu warga asing dapat sedangkan dia bukan rakyat kita, tidak bayar cukai seperti kita?”

Subsidi Bersasar Untuk Pemandu E-Hailing & Golongan Memerlukan

Kerajaan turut menyediakan kuota tambahan untuk pemandu e-hailing supaya kelangsungan pekerjaan mereka tidak terganggu. Penjimatan subsidi pukal akan digunakan kembali untuk memperluas bantuan bersasar, seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah). Langkah ini menjamin manfaat subsidi benar-benar diterima golongan yang memerlukan, bukan dinikmati orang asing atau yang tidak layak.

@wadahdailyUstaz pro PAS marah pasal RON95 sebab biasa isi minyak sampai 800–1000 liter sebulan! Program Budi95 dah bagi 300 liter pertama RM1.99/liter, lebih dari cukup untuk majoriti rakyat. Dakwah bukan lesen untuk sedut subsidi tanpa had, cukai rakyat bukan untuk tanggung gaya hidup mewah. #budi95 #ron95 #subsidi #kerajaanmadani #pmx #anwaribrahim #pas #politikmalaysia #faktabukanfitnah #subsidiMalaysia #ron95turun #minyakturun #kuota300liter #tular #trending #pas #perikatannasional #pn #malaysiatrending #tiktok #foryoupage #fyp #wadahdaily #berani #telus #informatif

♬ original sound – WadahDaily

Penjelasan Anwar Ibrahim – BUDI95 Untuk Kesejahteraan Rakyat

Anwar menegaskan, kerajaan bertanggungjawab menjaga hak rakyat Malaysia dan sumber negara diperuntukkan secara adil tanpa membebankan rakyat. Pendaftaran subsidi melalui MyKad adalah langkah paling praktikal dalam memastikan keadilan dan ketelusan pelaksanaan BUDI95.

Untuk info:

  • BUDI95 membolehkan rakyat Malaysia beli RON95 pada harga RM1.99 seliter sehingga 300 liter sebulan.

  • Bukan warganegara, harga ditetapkan RM2.60 seliter bermula 30 September.

  • Subsidi ini dikawal rapi agar hanya rakyat Malaysia layak menerima manfaat.

Sumber – MalaysiaGazette