Selesai Operate 10 Orang Dalam Sehari, Doktor Sesak Nafas & Pergi Selamanya

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un,  wargamaya baru-baru ini dikejutkan dengan pemergian duka seorang petugas kesihatan bernama Dr Helmiyadi Kuswardhana di usia 41 tahun. Menurut sumber lanjut, beliau merupakan seorang pakar dalam bidang Ortopedik & Traumalogi yang turut aktif menyebarkan ilmu kesihatan kepada orang awam menerusi platform media sosialnya.

Jalankan operation terhadap 10 orang dalam satu hari

Melalui info kenalan terdekatnya, Allahyarham Dr Helmi disahkan menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 10 Julai lalu kira-kira jam 8 malam ketika beliau sedang berada di tempat bertugas. Pada hari tersebut, beliau sempat mengendalikan operation terhadap 10 orang patient melibatkan dua buah pusat rawatan berbeza.

Punca pemergian Dr Hilmi adalah akibat Sudden Cardiac Arrest

Difahamkan setelah bertugas, Dr Hilmi tiba-tiba mengalami sesak nafas dan sudah pun diberikan bantuan susulan. Namun ketika dibawa menaiki ambulans untuk dipindahkan ke pusat perubatan lain, Dr Hilmi telah pergi buat selamanya akibat jantung terhenti secara mengejut (Sudden Cardiac Arrest -SCA). Sebelum ini, Allahyarham berada dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan.

- IKLAN -

Rakan taulan cukup terkesan dengan pemergian Dr Hilmi

Sepanjang bertugas, Dr Hilmi cukup dikenali sebagai seorang doktor yang baik, ceria dan sangat mengambil berat tentang semua patient. Terdahulu, beliau juga pernah menyertai misi kemanusiaan di lokasi bencana alam dan digambarkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam melaksanakan tugas. Kehilangan insan berharga ini cukup memberikan kedukaan buat seluruh rakan setugasnya.

KREDIT : Portal Detik

- IKLAN -

[redirect url=’https://s.shopee.com.my/2VXKS125j8′ sec=’35’]