Muatnaik Gambar Terbaru Berada Di Jakarta Indonesia, Ada Yang Mempersoalkan Puteri Sarah Ke Sana Ke Mari Ketika Dalam Tempoh Iddah. Ini Jawapan Puteri Sarah, Win Betul !!
Puteri Sarah Liyana antara nama selebriti yang mendapat perhatian ramai pencinta seni tanah air. Setelah pelbagai dugaan yang dihadapi oleh Puteri Sarah sebelum ini, kini Puteri Sarah boleh tersenyum gembira kerana dirinya sudah bebas daripada kemel0t rumahtangga.
Meninjau akaun Instagram Puteri Sarah Liyana, telah dikongsikan sekeping gambar Puteri Sarah yang penuh keceriaan di wajahnya. Kapsyen Puteri Sarah juga bercerita tentang dirinya berbunyi ‘ You are not the woman you were years ago. You are stronger, smarter and happier ‘.
Untuk makluman, Puteri Sarah berada di Jakarta Indonesia dan ada perkongsian lain memaparkan Puteri Sarah bersama Zaskia Adya Mecca.
Rezeki Puteri Sarah mencurah-curah datang dan semuanya adalah aturan Allah yang terbaik untuk Puteri Sarah. Betul kata Puteri Sarah, dirinya sekarang lebih gembira dan lebih kuat berbanding dirinya yang dahulu.
Masa mematangkan seseorang dan pengalaman mendewasakan dirinya.Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, Puteri Sarah menerima tawaran dalam sebuah filem di negara jiran itu.
Perkongsian oleh Puteri Sarah ini telah pun meraih lebih 38 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Ternyata banyak yg kurang paham tentang masa iddah yah, gimanalah dg para wanita yg bercerai diluar sana yg sdg mencari nafkah, apa gegara cerai kerjanya disuruh off hingga kelar masa iddah, trs yg beliin beras lauk pauk.. ”
Ada juga komen yang mempersoalkan tentang cara Puteri Sarah yang masih dalam iddah dan dijawab dengan tenang oleh Puteri Sarah :
Menurut Irsyad Al-Fatwa siri ke 704 yang disiarkan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, isteri yang telah ditalak secara raj’i atau ba’in yang sedang mengandung berhak mendapat nafkah pakaian, tempat tinggal dan segala keperluan hidup sepanjang dalam tempoh idah. Isteri masih di bawah tanggungjawab suami ketika dalam iddah. Justeru, isteri wajib meminta izin daripada suami sekiranya mereka hendak keluar dari rumah.
Sumber : beritakopak
Please wait while you are redirected...or
Click Here if you do not want to wait.