“Abah ke tu?” – Reaksi Muhyiddin Yasin raih pujian ramai

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan solat di sebuah Kawasan Rehat dan Rawat (RnR).

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @FOM Friends Of Muhyiddin di laman TikToknya, dapat dilihat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sedang menunggu giliran untuk mengambil air wuduk.

Muhyiddin Yassin solat di RnR

@fom_friendsofmuhyiddin

abang memang steady !

♬ original sound – Antonio Altiparmak

Bagaimanapun, reaksi salah seorang jemaah yang seolah-olah tidak percaya keberadaan Muhyiddin Yassin di kawasan rehat tersebut telah menarik perhatian ramai.

“Ya betul abang tak salah, itu memang abah! Kami memang biasa solat di RnR,” ujar pemilik video di ruangan kapsyen.

Muhyiddin Yassin solat di RnR

- IKLAN -

Netizen terkenang semula jasa abah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkenang semula jasa Muhyiddin atau lebih dikenali sebagai abah ketika negara dilanda negara pandemik Covid-19.

 

 

Semoga sentiasa dilindungi Allah

Dalam pada itu, ramai yang menzahirkan ucapan penghargaan kepada Muhyiddin atas pengorbanannya dalam menguruskan negara sewaktu saat getir dahulu serta mendoakan agar beliau sentiasa dalam lindungan Allah.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan sementara pasport antarabangsanya bagi membolehkan beliau melawat kakak iparnya yang sakit di Australia.

Sumber: TikTok @FOM Friends Of Muhyiddin