Abang Tesla nak tolong Datuk Red, sedia bantu dari ‘A sampai Z’

Usahawan dan pempengaruh, Abang Tesla memuat naik satu video berkenaan isu Datuk Red yang sedang mencari kerja demi anak-anak serta ingin membayar hutang.

Perkara itu membuatkan Abang Tesla ingin membantu Datuk Red untuk membina pernigaan semula supaya dapat membayar hutang yang tertunggak.

InshaAllah saya boleh bantu untuk cukup. Saya boleh bantu Datuk, Datuk langsaikan hutang. Saya dengar 5 juta ke 7 juta.

Kalau saya boleh bantu untuk Datuk ada perniagaan balik daripada A sampai Z. Tapi apa-apa Datuk Contact saya, jumpa saya.

Selain daripada Abang Tesla, Datuk Red juga telah ditawarkan untuk menjadi model pakaian dan pelakon sambilan.

@abg.tesla kami sedia bantu dato red. Tolong tag dato red guys. #abgtesla #fyp ♬ original sound – ABG.TESLA

Dengar berita Datuk Red dalam kesusahan

Menerusi posting video yang dibuat Abang Tesla atau nama sebenarnya, Mohammad Khaliltizam Yusri, dia menyatakan kesediaannya menghulurkan bantuan dengan memastikan Datuk Red kembali mempunyai perniagaan dan akan membimbing dari awal sehingga akhir.

“Aku terpanggil untuk bantu Datuk Red. Datuk, kalau ada nak minta bantuan ke, insha Allah saya boleh bantu.
“Datuk tak cukup nak makan, pinjam Adira RM100 ea saya dengar cerita. Takpe Datuk, kalau saya boleh bantu Datuk Datuk boleh langsaikan hutang, saya dengar RM5 juta ke RM7 juta.
“Insha Allah saya boleh bantu untuk Datuk ada perniagaan baik, daripada A sampai Z.
“Apa-apa pun Datuk contact saya, jumpa saya, saya akan Datuk dari A sampai Z,” ujarnya.

Abang Tesla nak tolong Datuk Red, ramai yang percaya dia boleh comeback

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji Abang Tesla dan menyokong tindakannya dalam memastikan Datuk Red comeback memulakan perniagaan.

Walaupun ada yang menyatakan lebih baik pempengaruh itu membantu mangsa-mangsa yang didakwa pernah ditipu usahawan tersebut, namun ramai yang merasakan mungkin dengan Datuk Red bangkit semula, dia mampu menyelesaikan isu tersebut.

Abang Tesla nak tolong Datuk Red, dia pun ada pengalaman bisnes

Ramai puji niat baik Abang Tesla

Tapi lebih baik tolong ‘mangsa’ dia kan?

Terdahulu, suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi itu telah membuat pengakuan kepada media dengan memaklumkan dirinya sudah muflis sejak tahun 2019.

Oleh itu, sepanjang 5 tahun tanpa pekerjaan, dia telah ditanggung oleh isteri-isteri yang banyak membantu bagi meneruskan kehidupan serta memberi makan kepada anak-anak.

Kredit: TikTok

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*