“Adira tak kacau orang, you pun janganlah kacau” -Dato Red

Datuk Seri Adnan yang lebih dikenali dengan nama Dato Red akhirnya memberi kenyataan setelah ada sedikit perbalahan di antara family Adira dan juga Datin Red.

Semuanya gara-gara Datin Red dilihat seakan tak berpuas hati kepada Dato Red yang tak menyebut namanya dalam temubual, yang menyatakan Adira banyak membatu dirinya setelah muflis.

Jelas Datin Red, dia pun banyak membantu, malah ada juga tanah yang digadai untuk membatu suaminya itu.

Melihat isu ini menjadi perbualan ramai, akhirnya Dato Red tampil memberi kenyataan.

“Kalau sebelum ni saya memang tak suka lihat cerita hal peribadi rumah tangga di media sosial. Contohnya dia gaduh dengan bekas suami, gaduh dengan mertua. Saya tak berkenan, sebab itu kisah aib.”  

“Tetapi kini Allah nak menguji. Ia jadi pada saya pula.”  

“Dan saya pun tak boleh nak salahkan mereka berdua isteri-isteri saya, semua punca daripada saya.”  

“Orang ramai kenal saya sebab saya kahwin dengan Adira. Tempias tu kemudian kena pada isteri pertama saya, Datin Red.”  

“Kalau tak sebelum ni, kami berdua tiada siapa pun nak ambil tau.”  

“Apabila jadi hal sebegini, saya fikir balik saya tak boleh nak salahkan dua-dua isteri, ini memang salah saya.” 

“Ketika temu bual tu tu saya cakap, saya cuma nak bercerita pasal diri saya. Kalau boleh jangan buat kenyataan libatkan nama Adira. Sebab dia induk kami, untuk mencari rezeki.” 

Kata Dato Red lagi, temubual itu berlaku secara spontan, malah ianya bukan ada skrip, jangan apa yang diceritakan itu sebenarnya tak sempat nak ceritakan segalanya.

“Semasa soalan tu, kebetulan tentang isu nak berbuka. Saya cerita berkenaan anak yang mahu berbuka. Cuma terkhilaf saya, sebab tak sebut nama isteri pertama saya tu.” 

“Itulah puncanya, tak sebut nama isteri pertama.” 

“Memang betul Datin Red ada bantu saya, dia pun dapat duit tanah dijual. Dua-dua banyak membantu, saya tak boleh nak senaraikan semua.”  

“Kepada isteri pertama, saya minta maaf sebab tak sebut nama dia.” 

“Yang saya cakap pun saya tak ada skrip. Soalan secara spontan.”  

“Saya harap lepas ni tak ada isu. Adira tak ada kacau orang, you pun janganlah kacau orang. Sudah-sudahlah, sebab yang salah tu ialah saya.” 

Dato Red menambah lagi, jika Datin Red ada rasa kurang senang atau tak berpuas hati, boleh hubunginya secara peribadi dan bukan melalui media.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.