Video Ernie Zakri Request Bella Astillah Bersama-Sama Menyanyi Lagu Masing-Masing Buat Ramai Tersentuh.

Meninjau ke akaun Tiktok Media Hiburan, perkongsian sebuah video yang memaparkan nyanyian duet antara Bella Astillah dan Ernie Zakri telah membuatkan ramai berasa tersentuh hati. Mereka menyanyikan lagu berjudul Masing-masing yang merupakan lagu asal Ernie.

Bella dan Ernie membuat persembahan ketika Majlis Rumah Terbuka Universal Music yang berlangsung hari ini. Paduan suara Bella dan Ernie ini nampak sangat serasi dan sedap didengar. Bella juga mempunyai tone suara tersendiri yang cukup merdu.

Namun di sebalik persembahan Bella dan Ernie ini, ramai peminat berasa sebak kerana lirik lagu tersebut agak kena dengan perjalanan hidup Bella. Walaupun begitu, Bella boleh menyanyikan lagu ini dengan baik dan ternyata Bella sudah move on.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bella juga kelihatan sangat cantik dan manis mengenakan baju kurung moden. Begitu juga Ernie dengan penampilan serba pink.

Jom tonton video di bawah :

@mediahiburanofficial Penampilan Bella Astillah & Ernie Zakri yang menyampaikan lagu Masing-Masing secara ‘live’ di Majlis Rumah Terbuka Universal Music, hari ini. Serasi betul bila dua suara ini berpadu. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila mendengar duet antara mereka. Antara komen-komen yang diberikan :

” Aku rasa ernie yg rasa nk ngis tgk bella.. part “tapi kamu yang paling sakit” tu bella buat isyarat mereng .. Sedap la suara bella.. “

” Ernie ni sangat bagus bila bab duet sebab dia tak suka overdo rakan partner.. boleh dia nyanyi tak nangis.. berat lirik tu, seperti jalan cerita hidupnya.. “

” Sy lps dgr bella cover terus lupa siapa pnyanyi asal .. sbb lagu ni mcm sesuai dia yg nyanyi.. Version bella more to feel sedih, version ernie more to sedap didengar hari2.. “

” Bella nampak mcm Dato siti masa masih muda,, Bella nyanyi pakai hati  stay strong bella.. Lagu ni kena weyh dengan bella.. “

” Bella dh tak sedih dah, yg tinggal hanya kenangan sahaja sebab tu boleh nyanyi tanpa nangis.. aku sorang je ke yg nangis tngok bella nyanyi.. sgt trkesan.. “

” Can relate bila satu dunia tahu kisah Bella. Kita juga rasa pedih dia. stay strong, our strng mom Bella. we need this kinda song more.. “

” Aku yang nangis tengok Bella sampaikan lagu ni. Mungkin hati dia dah terlampau remuk sampai dah tiada rasa .. Bila perempuan dah move on.. “

Ternyata ramai yang sayangkan Bella kerana ada yang berasa terkesan dengan kisah hidup Bella. Kami di Berita Kopak juga mendoakan semoga Bella Astillah terus tabah menjalani kehidupan dan semoga bahagia akan menjadi milik Bella. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Media Hiburan

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.