‘Kita letak dalam aiskrim, nanti dia makan dia kiok’ – Lelaki pr0mosi racun bvnuh m0nyet liar, dikecam

Seorang lelaki tempatan yang mempromosikan racun menggunakan video tular di media sosial kini menjadi perhatian ramai selepas memaparkan kaedah kej4m membunuh monyet liar. Dalam rakaman tersebut, lelaki itu menunjukkan bagaimana ais krim yang dicampur dengan racun jenama Crodex digunakan sebagai umpan bagi membunuh haiwan tersebut.

“Ini tuan-tuan, cara kita nak bagi dekat binatang ini menggunakan produk yang telah kita buat. Dalam produk yang kita buat ini, kita letak dalam ais krim ini. Binatang ini kacau, nampak ni beranak pinak. Astaghfirullahalazim,” katanya dalam video itu, sambil membaling ais krim beracun ke arah kumpulan monyet berhampiran kawasan perumahan.

“Saya bancuh produk Crodex (racun) ini dalam ais krim tu supaya dia makan nanti, dia kiok (mati). Itu cara sebenar, cara guna dia tuan-tuan. Cara sebetul-betul menggunakannya. Ini di kawasan perumahan saya. Kita pastikan betul-betul dia (monyet) yang makan, bukannya manusia.

“Tengok ni, beranak pinak ni. Kalau kita biar, habis. Dia masuk rumah, kacau habis barang-barang kita. Jangan risau, (racun) ini kelas dua, guna dengan cara yang betul tuan-tuan. Ingat pesan saya, guna cara yang betul. Insya-Allah dia cukup,” katanya dalam video itu, sambil membaling ais krim beracun ke arah kumpulan monyet berhampiran kawasan perumahan,” tambahnya lagi.

Lelaki tersebut menjelaskan bahawa monyet liar bukanlah haiwan peliharaan, sebaliknya sering merosakkan harta benda. Dia juga enggan melayan kecaman yang diterima kerana menganggap masalah gangguan haiwan liar ini sudah terlalu serius. Jika masalah itu dibiarkan tanpa kawalan, keadaan akan menjadi lebih buruk. Malah, dia turut menggalakkan orang ramai mendapatkan produk racun yang dipromosikannya sebagai penyelesaian.

Reaksi Perhilitan dan NGO

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai penganiayaan terhadap hidupan liar yang dilindungi.

“Masalah gangguan hidupan liar sepatutnya disalurkan kepada pihak Perhilitan, yang mempunyai kepakaran untuk menangani isu ini secara lebih selamat,” katanya.

Tindakan meracun atau membunuh haiwan liar yang dilindungi adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Sementara itu, Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia (Malaysian Animal Welfare Association) telah membuat laporan polis terhadap lelaki terbabit pada Disember tahun lalu.

Presidennya, Mukunnan Sugumaran, berkata tindakan lelaki itu boleh menggalakkan orang awam melakukan perbuatan serupa, yang bukan sahaja membahayakan haiwan liar tetapi juga manusia.

“Racun ini boleh menjadi ancaman kepada manusia jika tidak dikendalikan dengan betul,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Sumber: XHarian MetroFree Malaysia Today