“Aku ni anak 3 orang, dah besar. Mesti mak rindu nak cucu baby. Tapi 2 ekor tu masih nak enjoy, tak reti ikhtiar”

Zuriat bukanlah satu-satunya sumber kebahagiaan dalam rumah tangga kerana setiap suami isteri mempunyai cara masing-masing untuk mewarnai kehidupan mereka. Namun siapa sangka, faktor belum ada anak malah mengundang dugaan cukup berat bagi satu pasangan ini.

Kahwin 2 tahun asyik pergi travel…Anak tak reti ikhtiar…Aku ni anak 3 dah pun

Menerusi sebuah luahan yang dikongsikan melalui aplikasi X @meinmokhtar, seorang wanita mendedahkan kisah bagaimana dia tergamak menghantar sihir kepada adik iparnya sendiri. Rasa dengki dan iri hati tercetus setelah dia melihat kehidupan adik iparnya bersama suami yang cukup bahagia meskipun belum menimang cahaya mata. Mereka juga dikatakan kerap melakukan aktiviti melancong ke pelbagai tempat selain suka membeli barangan kemas.

Adik ipar aku berhenti kerja, perut membusung & bau badan busuk sangat

Awalnya, si polan cuma mahu membuat mereka bertengkar biasa sahaja. Namun tanpa disangka-sangka, kesan sihir itu sudah melarat teruk sehingga menjejaskan kesihatan adik iparnya secara luaran dan dalaman. Hinggakan, suaminya juga sudah bertanya kepada ibu mereka mengenai pendapat untuk bercerai.

Anak aku dah besar, mesti mak aku rindu nak cucu baby…Tapi 2 ekor tu masih nak enjoy

Di sebalik rasa bersalah, wanita terbabit beranggapan adik iparnya yang juga merupakan seorang anak yatim seharusnya berusaha untuk mendapatkan anak dan bukannya ‘bergembira’ sentiasa dengan si suami. Si pelaku bagaimanapun risau perbuatannya terbongkar memandangkan suami isteri itu bakal mendapatkan ikhtiar rawatan.

KREDIT : Aplikasi X meinmokhtar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.