Video Lana Nodin Mengajar Anak Dan Juga Suaminya Bersolat Terima Pujian Ramai. Bagus Sangat Keluarga Ni. Anak Lana, Gia Pun Comel Dah Pandai Solat Sendiri !!

Meninjau ke akaun Instagram Lana Nodin, perkongsian video yang memaparkan Lana sedang mengajar anak, Gia Mckenzie dan suaminya, David Mckenzie bersolat telah menerima pujian ramai. Lana mengambil sedikit masa dan ruang untuk mendidik tentang agama.

Umum mengetahui yang suami Lana merupakan seorang mualaf dan berbangsa Inggeris. Walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga bersama Lana, ilmu agama masih tetap dipelajari sehingga kini. Di awal video dapat dilihat Lana menerangkan cara mengambil wudhuk.

Kemudian Lana menunjukkan cara bersolat dan mereka bersama-sama melakukan praktikal menunaikan solat. Menurut Lana di ruangan kapsyen posting ini menyatakan mereka bukanlah keluarga yang sempurna tetapi cuba untuk menjadi sempurna antara satu sama lain.

Perkongsian ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Turut dikongsikan sebuah video yang memaparkan Gia sedang menunaikan solat. Nampaknya Gia sudah boleh bersolat sendiri dan sebagai seorang ibu pastinya Lana rasa sangat gembira.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji cara Lana mendidik anak dan suaminya tentang Islam. Antara komen-komen yang diberikan :

” Cuma mendoakan awak dan suami kekal hingga akhir hayat. Ramai sangat pasangan artis bercerai berai, harap bukan awak.. “

” Alhamdulillah Lana ..U all are doing the right thing. Agama is important as a muslim. Good effort.. semoga dipermudahkn urusan Lana & family, aamiin yra.. “

” Alhamdulilah… bagus Lana pandai didik anak2 dan ajar suami tentang Islam.. tahniah.. bagus lana. contoh yang baik. ambil suatu masa, suatu ruang dlm hidup, untuk belajar agama.. “

” Bagus orang puteh ni sembahyang .. Alhamdulillah i really salute u sis.. Gia will grow & bloom like beautiful flower, insya-Allah. Aamiin.. “

” Alhamdulillah…Lana..aemoga Allah s.w.t permudahkan segala2nya…amin. semoga Menjadi ank yg solehah yg menjaga solat, yg membahagiakan your parents dunia akhirat, inshaa Allah .. “

” Alhamdulillah.. semoga jadi inspirasi pada orang lain..Bagus sharing begini.. How old is Gia sis? InsyaAllah Giaakan membesar dgn nilai2 agama yg memandu hidupnya.. “

” Alhamdullilah syukur dgn Rahmat Allah SWT.. Its okay.. at least kita cuba untuk ke arah lebih baik… peringatan utk diri sendiri juga…. “

Tahniah diucapkan kepada Lana kerana berusaha untuk menjadi seorang muslim yang terbaik. Apabila mengajar anak tentang agama dalam masa yang sama suami Lana juga turut mempelajarinya. Semoga keluarga ini sentiasa bahagia dan dirahmati Allah.

Sumber : IG Lana Nodin

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.