Alhamdulillah.. Baru je selesai majlis, Sekali Kantoi ini pekerjaan sebenar kekasih hati Bunga Citra lestari..
Difahamkan, penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari telah sah bergelar sebagai seorang isteri buat lelaki pilihannya, Tiko Aryawandhana.
Dapat dilihat dalam video yang memaparkan sekitar majlis pernikahan, sambutan perkahwinan balu buat Allahyarham Ashraf Sinclair itu disambut dengan meriah di sebuah hotel yang terletak di Amankila, Bali.
Bunga Citra Lestari atau dikenali sebagai BCL kelihatan jelita memakai busana kebaya jawa dan majlis tersebut dihadir oleh ahli keluarga serta rakan kenalan.
Sebelum ini, tular khabar angin mengatakan BCL bakal menamatkan zaman balunya bersama seorang duda dan majlis perkahwinan bakal dikawal dengan amat ketat.
@sinarharianonline Penyanyi, Bunga Citra Lestari @itsmebcl dan suaminya, Tiko Aryawardhana selamat disatukan di majlis perkahwinan mereka berlangsung di Bali, Indonesia, petang Sabtu. Tahniah BCL! Sumber: itsmebcl #SinarHarian #SinarTerkini #BCL #BungaCitraLestari ♬ original sound – Sinar Harian
PENYANYI dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan ahli perniagaan, Tiko Aryawardhana sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup di resort mewah Amankila Resort, Bali pada petang Sabtu.
Menerusi video dan gambar dari majlis pernikahan yang dimuat naik di akaun Instagram peminat, @bcltiko, dapat dilihat beberapa selebriti Indonesia turut hadir, antaranya Luna Maya dan Maia Estianty.
Malah adik ipar BCL, Aishah Sinclair juga dilihat dalam salah satu foto yang dimuat naik.
Difahamkan, majlis pernikahan pelantun lagu Wanita Terbahagia itu hanya dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat.
BCL dan Tiko mula digosipkan bercinta selepas aktres itu memuat naik video sambutan ulang tahun ke-40 pada Mac lalu.
BCL bergelar ibu tunggal selepas suaminya Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
Hasil perkahwinan dengan Ashraf, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair.
SUMBER : TikTok
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.