Allahu, padahal kat depan tu ada pasar ikan. Boleh bayang tak sibuk macam mana? Tapi tak bau langsung.

Dia nampak kelam-kabut dan gelisah“. Itulah antara pendedahan yang dibuat oleh salah seorang pekerja pusat mencuci kereta di Batu Pahat, Johor ketika suspek jenayah penganiayaan Bella datang ke sana bagi membasuh sendiri keretanya yang dikotori kesan tanah. Pagi tadi bertempat di Mahkamah Majistret Batu Pahat, suspek yang juga bekerja sebagai seorang posmen telah dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa.

Kami selalu pusing di kawasan ni…Semua lalu-lalang u-turn kat sini, parking

Sebelum ini, tubuh ibu tunggal tersebut telah ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah rumah terbiar menerusi maklumat yang dikongsikan oleh salah seorang suspek. Sebenarnya, lokasi tersebut tidak jauh daripada ‘kesibukan’ rutin harian penduduk-penduduk di sana. Justeru mereka sendiri amat terkejut selepas pihak polis membongkarkan tentang penemuan tubuh wanita berkenaan.

Takde bau apa-apa sebab kerja pasar ikan…Tapi yela, bau yang pelik takde

Jelas seorang penduduk yang membuka pasar ikan kecil hadapan rumah sewa terbengkalai itu, sepanjang berniaga mereka memang tidak pernah terhidu sebarang bau-bau pelik yang boleh mencetuskan kecurigaan. Menurutnya lagi, kediaman usang itu merupakan milik ibu saudaranya yang sudah terbiar sejak tahun 2020.

Keajaiban yang Allah kurniakan kepada Bella…Tidak berbau busuk

Menerusi sebuah kenyataan Facebook yang ditulis oleh kakak Bella sebelum ini, dia sendiri berkata tubuh Allahyarhamah adiknya langsung tidak berbau ketika dijumpai. Walhal jarak dengan rumah terdekat hanyalah sejauh 10 meter.

KREDIT : Facebook 999 TV3 Mia Icha

[redirect url=’https://shope.ee/7fB2LzePyc’ sec=’30’]

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*