” AllahuAkbar, tersentuh betul hati tengok cara Ubai layan Seth.. ” –Netizen
Shila Amzah Muatnaik Video Ubai Melayani Anak Mereka, Seth Uwais Buat Ramai Tersentuh. Alahai Melentok Seth Dekat Papa Dia. Walaupun Dah Ada Rhea Akira, Tapi Ubai Masih Berkepit Dengan Seth. Manja Sungguh Seth Dengan Papa !!
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Shila Amzah, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan Shila, Ubai dan anak mereka Seth Uwais dan Rhea Akira. Ungkap Shila di ruangan kapsyennya rasa syukur kerana keluarga mereka kini telah pun berempat.
Bagi yang mengikuti perkembangan Shila pastinya tahu Seth sangat rapat dengan Ubai. Malah sebelum Ubai menikahi Shila lagi, hubungan Ubai dan Seth sudah seperti anak dan ayah. Gelaran ‘Papa’ diberikan oleh Shila kepada Ubai untuk anak-anak mereka dan ianya sesuai dengan karakter Ubai.
Menerusi perkongsian ini, warganet dapat melihat bagaimana Ubai melayani dan menyantuni Seth. Walaupun Rhea telah pun dilahirkan, kemanjaan Seth dengan papanya ini masih sama seperti dahulu. Dapat dilihat, Ubai sedang berbaring dan Seth menempek di atas Ubai.
Cara membelai rambut Seth membuatkan hati warganet tersentuh. Ubai melayan Seth seperti anak kandung dan kasih sayang itu yang memberikan Seth rasa bahagia. Kerana Ubai juga, banyak perkara positif berlaku kepada Seth. Betul lah kata orang, kasih sayang mampu mengubah kehidupan.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Suka layanann ubai kat Seth. Alhamdulillah moga kebahagiaan kekal jadi milik korang berempat.. Muka seth pun dah macam ubai dah.. ”
” Terserlah keikhlasan ubai melayan seth.. beruntung seth dapat papa yang boleh seth menumpang kasih.. ”
” Rajin sangat papa layan seth. Tak lama lagi rhea boleh join pulak rebut papa hehe. suka tengok family Sha Ubai ni.. ”
” Allahuakbar.. tersentuh betul hati tengok cara ubai layan seth.. Priceless feeling. Happy for u Shila.. tq ubai hadir untuk our shila.. ”
” Love sangat tengok Ubai dan Sethy.. Manjanya Seth dengan ubai.. Syukur. Alhamdulillah. Moga kekal bahagia bersama2 hingga ke Jannah. Moga Sha, Ubai, Seth dan Rhea diberkati Allah sepanjang hayat.. ”
” Tersenyum tengok ubai layan seth tapi dalam tak sedar air mata mengalir. ikhlas betul Ubai, besar pahalanya. Moga terus menjadi papa yang terbaik Ubai.. salute.. ”
” Keluarga kecil yang bahagia.. suka tengok nampak real family, not staging not fake.. Seth paling bahagia ada papa sebaik Ubai.. ”
Allah menghadirkan pelangi selepas hujan dan kini Shila dan Seth kembali merasai bahagia bersama Ubai dan Rhea. Tak salah pilihan Shila memilih Ubai sebagai suami dan papa kepada anak-anak mereka ini. Semoga terus berbahagia Shila dan Ubai bersama anak-anak tersayang.
Sumber : IG Shila Amzah
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.