Amir tutup gerai di Perak, ada peniaga dakwa ganggu pendapatan mereka
Semua pun dah maklum bahawa pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak kini menceburi bidang perniagaan.
Amir berniaga air jagung yang dah pun dikenali ramai.
Usaha Amir kini adalah untuk mengembangkan perniagaannya itu, dan telah membuka gerai di negeri Perak.
Memang ramai peminat Amir yang datang dan menyokongnya.
Namun ternyata, usahanya itu kurang disenangi oleh peniaga lain yang berada di kawasan gerai Amir itu.
Ada peniaga lain yang mengatakan bahawa Amir telah mengganggu perniagaan mereka kerana pelanggan dah lari ke gerai Amir.
Oleh yang demikian, Amir mengalah, dan mengambil keputusan menutup gerainya itu.
Ditanya tentang perasaaan, Amir akui rasa sedikit terkesan, namun kini dah kembali tenang.
“Memang ada rasa sikit down. Tapi saya lebih kepada ada rasa mengeluh. Mengapa begini.”
“Saya berniaga di situ pun kejap je, bukannya saya terus duduk sini.”
“Bila ada rasa down tu, saya pun solat dan berdoa, kemudian saya kembali tenang.”
Buat masa sekarang, Amir berkata dia tak akan buka lagi di kawasan berkenaan dalam masa yang terdekat.
“Nak pergi sana semula tu, tidak lah. Dalam masa terdekat ni tak ada.”
“Tapi memang ada jemputan untuk pergi semula, sebab ada sambutan. Tapi dalam masa terdekat, memang tak lah. Tahun ni tak pergi lagi.”
Kata Amir lagi dia tetap percaya pada rezeki.
“Saya ada rezeki saya, awak pun ada rezeki awak, percaya pada rezeki.”
Amir juga berkata, kini dia pun dah ada terima job untuk berlakon semula.
“Sekarang ni saya pun ada berlakon, dan bukan gerai. Perniagaan air ni senang nak tinggal, kalau ada job, boleh tinggalkan kejap.”
Beberapa minggu lalu, Amir ada meminta maaf kepada para peniaga di sekitar gerainya di Perak itu setelah ada yang mengatakan pendapatan mereka terkesan dengan kehadiran Amir.
Apapun, doa yang terbaik saja buat Amir Raja Lawak, semoga terus usaha keras untuk mencari rezeki.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.