Ramai sebak tengok anak koperal FRU usia 12 tahun imamkan jenazah bapa – “Kami saksi tuan telah mendidik anak yang soleh”

Suasana sedih memenuhi segenap ruang kediaman Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri di Kampung Sungai Itek di Gopeng, Perak ketika solat jenazah pada pagi Rabu.

Lebih menambah suasana pilu ketika waktu Subuh itu, anak sulung kepada anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), iaitu Amirul Firdaus, 12, mengimamkan sendiri solat jenazah bapanya.

Perkara itu dikongsi anak saudara kepada Amiruddin bagi membalas komen seorang warga maya di TikTok selepas dia memuat naik video pengebumian Amiruddin.

Perkongsian anak saudara Allahyarham Amiruddin di TikTok.

- IKLAN -

“Hebatnya amalan Allahyarham, anak jadi imam solat jenazah, nak masuk liang lahad disambut dengan seruan azan. Semoga mendapat syurga Allah,” kata Netizen.

“Ya betul tuan anak sulungnya berumur 12 tahun imamkan solat jenazah Allahyarham,” balas anak saudaranya.

Berdasarkan komen netizen, Allahyarham juga merupakan imam bagi FRU Unit 5.

“Itu bermakna arwah berjaya didik anak. Anak yang imamkan solat jenazah ibu ayah maka terbuka pintu syurga untuk orang tuanya,”katanya.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tubong, Gopeng.

Allahyarham Amiruddin antara sembilan anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pada Selasa.

Kejadian tragis itu dipercayai berpunca daripada kerosakan stereng lori membawa muatan batu.

Lori yang dipandu itu kemudiannya merempuh trak FRU yang sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai tugasan perayaan Chitra Pournami.

Susulan itu, pemandu lori treler muatan batu yang menjadi punca kemalangan itu direman empat hari untuk siasatan.

Video :

@theonly_eita Semoga tabah menghadapi ujian Allah Kakyan. Doakan ya 🤲🏼 #fyp #nahasfru #viral #accident ♬ original sound – MKM14

Sumber – mstar