‘Awak Benci Saya, Sedangkan Saya Langsung Tak Tahu Kewujudan Awak’ – Marissa Dania

Marissa Dania Hakim, anak kepada pelakon popular Abby Abadi dan Norman Hakim, baru-baru ini mencuri perhatian ramai warganet selepas berkongsi luahan hati mengenai individu yang menyimpan perasaan tidak suka kepadanya.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di TikTok, Marissa menulis kapsyen ringkas tetapi cukup menyentuh:

“Bayangkan..awak lemparkan kebencian kepada saya, sedangkan saya langsung tak tahu kewujudan awak.”

@marissadaniahakim_♬ sonido original – 🔥

Ayat tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menyokong Marissa dan menasihatkannya agar tidak terlalu mengambil peduli komen negatif yang tidak berasas.

- IKLAN -

Seorang pengguna menulis,

“Sebiji dia bagi, pedulikan mereka Marissa. Awak pun berhak bahagia.”

Manakala pengguna lain pula mengingatkan,

“Sibuk nak benci-benci dan maki orang, padahal orang tu tak buat apa dengan kita pun.”

Sokongan dan kata-kata semangat ini jelas menggambarkan solidariti netizen terhadap Marissa yang sedang melalui fasa hidupnya yang agak mencabar.

Marissa sendiri kini menjadi tumpuan selepas bernikah di Songkhla, Thailand dan menjadi isteri kedua kepada lelaki pilihannya, Aslam. Keputusan ini turut menimbulkan pelbagai reaksi, termasuk konflik keluarga antara Abby Abadi dan Norman Hakim yang turut menjadi perhatian media dan peminat.

Walaupun dilanda pelbagai kontroversi, Marissa tetap berusaha kuat dan positif dalam menghadapi dugaan. Nasihat netizen agar meletakkan Allah sebagai keutamaan jelas memberi semangat tambahan kepadanya.

Semoga Marissa terus tabah dan kehidupan beliau akan semakin baik dari hari ke hari, dengan sokongan orang sekeliling dan keimanan yang mantap.