Baru je menang gangsa di Olimpik Paris.. Tak sangka ini jumlah hadiah bakal diterima Lee Zi Jia..
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sebak sehingga mengalirkan air mata selepas mengenangkan pelbagai cabaran berliku sebelum menggondol pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurut Zii Jia, pelbagai kritikan dilemparkan terhadapnya namun perkara itu sama sekali tidak memadamkan semangatnya untuk memberikan yang terbaik di Paris 2024.
“Banyak perkara yang berlaku sejak saya menjadi profesional dan saya rasa, sekali pun saya tidak menangis walaupun saya pernah fikir untuk berputus asa daripada badminton. Saya pun tidak pasti layak ke Sukan Olimpik ataupun tidak dan ranking saya pun jatuh,” katanya menerusi temuramah bersama stesen televisyen swasta.
Ujarnya, ia satu detik yang buruk dalam kariernya tetapi sekarang berjaya sampai ke separuh akhir dan memenangi pingat gangsa.
“Saya sangat bangga dengan diri saya sendiri walaupun ini hanya pingat gangsa.
“Walaupun berdepan pelbagai kritikan, saya hanya mendiamkan diri dan saya mahu buktikan walaupun ini hanyalah pingat gangsa.
“Ini adalah satu permulaan untuk saya bangkit dengan lebih kuat bagi mendapatkan pingat emas di Los Angeles 2028,” katanya.
Pemain nombor tujuh dunia itu bangkit daripada tewas set pertama 13-21 sebelum meraih kemenangan 21-16, 21-11 ke atas pemain India, Lakshya Sen untuk pingat kedua negara di Paris 2024 setakat ini.
Ini menyaksikan Zii Jia memperbaiki pencapaian di Sukan Olimpik Tokyo di mana dia berjaya mara sehingga ke pusingan 16 sebelum tewas di tangan pemenang pingat perak dari China, Chen Long 21-8, 19-21, 5-21.
Walau pun tumpas dalam set pertama, namun ternyata semangat kental Zii Jia makin membara, dengan ‘mengikat’ Sen daripada terus mara. Ternyata kemenangan yang diperoleh itu, secara peribadi buatnya, menepis segala tohmahan dan kecaman ramai beberapa tahun kebelakangan ini. Menerusi temubual bersama Astro Arena selepas tamat perlawanan, Zii Jia berkata, “Setiap pagi saya bangun tidur, saya baca berita pasal saya, saya tertanya-tanya, apa dosa saya?”
Selain terubat kelukaan dengan pingat gangsa ini, Zii Jia juga bakal menerima hadiah RM100,000 seperti yang dijanjikan oleh Majlis Sukan Negara bagi atlet Malaysia yang berjaya membawa pulang pingat gangsa sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM). Bukan itu sahaja, seperti Aaron Chia dan Soh, Zii Jia juga bakal menerima Chery Tiggo 7 Pro bernilai RM123,800.
Kredit-HM
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.