Prosiding hari kedua, kelibat paling ditunggu2 netizen sda tiba. INI kata2..
Pelakon, Bella Astillah mencuri perhatian apabila hadir ke Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini bagi memberi sokongan pada prosiding hari kedua kes melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menurut laporan Kosmo, Bella tiba sekitar 10.28 pagi ditemani seorang pegawai peribadi wanita, dan sempat melambai kepada petugas media sebelum memasuki lobi Istana Kehakiman.
Syed Saddiq hadir bersama pegawai

Syed Saddiq pula telah tiba lebih awal pada 10.20 pagi tadi dengan berpakaian sut hitam dan ditemani dua orang pegawainya.
Hari ini merupakan prosiding rayuan hari kedua, yang dijangka bermula pada 10.30 pagi selepas mahkamah memaklumkan bahawa tiada keputusan dibuat berhubung rayuannya semalam.
Rayuan Syed Saddiq ditangguhkan

Semalam, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa keputusan mengenai rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta masih belum diputuskan.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, membuat pengumuman itu ketika prosiding bermula pada jam 12.15 tengah hari.
Kes ini menjadi perhatian ramai dan mengingatkan kita bahawa setiap individu berhak untuk mempertahankan diri di mahkamah. Apa pun keputusan, yang penting kita terus menghormati proses undang-undang negara!
@utusanonline Ahli Parlimen Muar,Syed Saddiq akui sedikit gementar untuk menghadapi hari ini #syedsaddiq @Syed Saddiq ♬ original sound – Utusan Malaysia