” Bijak sungguh dh nmpk bakat menyanyi nya suara nya pun gharau2 sdp tu MasyaAllah Tabarokallah.. comel betul laura.. “
Rahil Laura Salsabila Yamani merupakan anak bongsu Dato’ Jamal Abdillah bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin. Laura dilahirkan pada 14 April tahun lalu dan tidak lama lagi Laura akan menginjak ke usia satu tahun.
Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian sebuah video terbaru Laura telah meraih perhatian ramai. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Laura sedang berceloteh. Alahai, apa lah yang dibebel oleh Laura tu ye. Macam pandai bercakap je gayanya.
Laura merupakan puteri kedua Dato’ Jamal. Sebelum ini hanya Azura sahaja satu-satunya puteri dalam keluarga. Dato’ Jamal mempunyai dua orang anak lelaki menerusi dua perkahwinannya yang terdahulu dan dua orang anak lelaki menerusi perkahwinannya bersama Datin Zai Izati.
Laura merupakan puteri kedua Dato’ Jamal. Sebelum ini hanya Azura sahaja satu-satunya puteri dalam keluarga. Dato’ Jamal mempunyai dua orang anak lelaki menerusi dua perkahwinannya yang terdahulu dan dua orang anak lelaki menerusi perkahwinannya bersama Datin Zai Izati.
Perkongsian video Laura ini telah menerima lebih dua ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai netizen yang geram melihat wajah comel Laura yang persis seperti wajah kakaknya, Nur Azura Yamani.
Jom tonton video di bawah :
View this post on Instagram
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat Laura berceloteh. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Haii babyy, Sedap name dia.. Ni copypaste mama betholll.. Comelnya,dia cakap betul2.. Ringan betul mulut laura ni. Gigits kang.. “
” Mulut dia ni… Comelnya.. nyaring suara, ikut jejak baba ni.. omeynya laura. Amboiii…ramah sungguh anak dagha soghang ni.. “
” Aduhaii geramnye.. ape ape laura cumil sgt ni.. Ada iras kakak dia.. semoga laura membesar menjadi anak yang solehah.. “
” Comel sungguh la anak dara ni.. mulut tu tak reti diam la.. comel betul .. nak sembang apa tu laura.. apa apa je.. ger4m tgk.. “
” MasyaAllah cantiknyaaa awak . keletahnya. Eeeeeeee gerammmmmm ketap2 gigi geram.. Pandai ajak borak dah Laura.. “
” Cerdiq nih Laura. MashaAllah…Laura pandaii..Nenda doakn moga laura membesar dgn sihat aamiin.. so cute laura.. “
” Bijak sungguh dh nmpk bakat menyanyi nya suara nya pun gharau2 sdp tu MasyaAllah Tabarokallah.. comel betul laura.. “
Alahai, apa lah yang dibualkan oleh budak comel ni. Tak diam mulutnya dari awal video dirakamkan lagi. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Laura membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik serta membanggakan ibu bapa.
Sumber : IG Datin Zetty
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.