Dari puasa dah tanya ada open house tahun ni? Bila dah buat ini plak jadi

Tidak dinafikan, ramai yang buat open house sempena Hari Raya Aidilfitri

Bukan saja menjemput orang ramai dan kawan-kawan datang makan, ia juga boleh mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan individu mengadakan open house raya tetapi makanan masih banyak sebab orang tak datang.

Meja makan juga telah siap disediakan di depan rumah

Tuan rumah menyediakan tempat makan yang selesa untuk tetamunya. Malah, pelbagai menu juga dihidangkan termasuk rendang, nasi impit, sate dan macam-macam lagi.

Namun, paling kecewa adalah apabila tidak ramai pun yang datang ke jamuan raya rumahnya. Makanan masih banyak seumpama tidak tersentuh pun.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kesian tengok, kalau boleh dapat jemputan tu pergi atau sekurang-kurangnya bagitau tuan rumah tak dapat datang kalau memang tiada masa.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.