”Dariya, jangan kantoikan abah.. part lap tisu kat mulut si abang tu terus tergelak.. ” – Komen Netizen

Gelagat Jep Sepahtu menjaga lima orang anaknya ketika isteri, Sariyanti, berpantang mencuit hati ramai. Dalam video yang tular, Jep kelihatan sangat sibuk menguruskan anak-anak sehingga mereka sendiri terkejut dengan perubahan ‘Abah Jep’. Dariya, anak sulung, tak ketinggalan beri ‘jelingan’ penuh makna yang buat semua terhibur dan ketawa.

Meninjau ke akaun Instagram Jep Sepahtu, perkongsian sebuah video yang memaparkan Jep sedang melayan lima orang anaknya di sebuah kedai makan telah meraih perhatian ramai. Menurut Jep, kini dia menggalas tugas isterinya, Sariyanti menjaga anak-anak mereka kerana Sariyanti kini sedang dalam tempoh berpantang.

Sariyanti baru sahaja menjalani pembedahan kehamilan ektopik atau mengandung luar rahim buat kali kedua. Apa yang membuatkan ramai netizen terhibur ialah gelagat Jep yang kelihatan sibuk padahal hanya menyuapkan air minuman sahaja.

Paling mencuri perhatian netizen apabila melihat pandangan mata Dariya Inara kepada Jep seolah-olah agak pelik melihat gelagat bapanya itu. Pastinya sebelum ini Sariyanti yang banyak melayan anak-anak sedang makan dan minum.

- IKLAN -

Perkongsian video ini telah menerima lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampak wajah Jep agak kepenatan dan tidak terurus sampai tersandar dibuatnya. Apa yang bagus ialah Jep tetap melayan anak tirinya sama seperti anak sendiri.

Jom tonton video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Dariya punya eye signal memberi tahu sesuatu… “Apahal abah ni” Nampak abahnya sedikit kekalutan, haha.. muka anak pempuan dia ada subtitle.. “

” Function terukkk abah anak 5…tersandor walaupun bg anak minum air je .. Daria malas nak layan muka dia.. Dariya jgn kantoi kan abah kening tu kerut sangat.. “

” Nampak lebih kpd mengah dh tu.bz sungguh.. Part lap tisu kt mulut si abg tu terus pecah gelak ku .. Yg 2 kecik tu mcm kembar. Ke mmg kembar? “

” Dlm lawak nmpk Jep bg perhatian kt anak2 tiri dia kn . semoga dipermudahkan segala urusan Jep & Sri Yanti.. The dad who stepped up.. “

” Lain macam abah perform mana ank 5 xsayang kami peminat mndoakan yg terbaik buat jepsepahtu and fmly.. Terus tersandar abah nya.. “

” Susah la bapak jenis memaksa2 ni..owg xnk fries la bahh… Jeb serius tapi kenapa aku tergelak gelak .. Tak minta tolong pun dia sengaja tolong kan. Terpaling busy.. “

” Jep punya muka pun mmg main peranan ekh?? nampk betul mcm x terurus..watak kira berjaya lah ekhh .. Ok lah bang ni moment bang bila anak anak dah besar nanti.. “

Nampak penat sangat Jep melayan anak-anaknya. Sesekali mengambil tugas si isteri barulah si suami memahami kepenatan si isteri. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan buat Jep dan semoga Sariyanti cepat sembuh.

Video ini bukan sahaja menunjukkan sisi lain Jep Sepahtu sebagai seorang bapa penyayang, tetapi juga mengingatkan kita bahawa menjaga anak itu memang penuh cabaran dan gelak tawa. Semoga Sariyanti cepat sembuh, dan Jep terus kuat jaga anak-anak comelnya.

Sumber : IG Jep Sepahtu