Peguam Kotak Pensil Terlantar Dikatil, Akibat…

Peguam yang dikenali dengan nama timangan ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dikejarkan ke hospital semalam. Berita tersebut disampaikan oleh anaknya menerusi akaun TikTok Eva Zarina.

“Saya ingin memohon kebaikan semua untuk mendoakan kesihatan Tokmat @Saya Zaharil dan saya juga memohon jasa baik semua untuk memberikan ruang kepada daddy saya agar dapat fokus sepenuhnya pada rawatan beliau,” katanya.

Eva turut memohon pertimbangan anak guam Ahmad Zaharil dan akan menghubungi mereka apabila peguam berkenaan kembali stabil.

“Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua,” tambahnya.

- IKLAN -
@evarizarina Saya ingin memohon kebaikan semua untuk mendoakan kesihatan Tokmat @Saya Zaharil dan saya juga memohon jasa baik semua untuk memberikan ruang kepada daddy saya agar dapat fokus sepenuhnya pada rawatan beliau. Kepada para client yang dihormati, kami akan menghubungi anda semula sebaik sahaja keadaan kembali stabil. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua❤️ #peguampencilbox ♬ son original – Easy Piano

Sementara itu, video peguam berkenaan terlantar di katil akibat demam turut dimuat naik di laman TikTok miliknya.

Setakat ini, perkembangan terbaru dan punca kesihatan peguam tersebut merudum tidak diberitahu

Terdahulu, Ahmad Zaharil pernah tular apabila kisahnya sebagai peguam bela seorang wanita bergelar ibu, ditangkap kerana mencuri sebuah kotak pensel dalam tahun 1998. Menerusi laman TikTok miliknya, peguam tersebut pernah berkongsi tentang kisah penuh kejadian ini pada tahun 2023.

Ketika melihat seorang wanita diiring pegawai polis di mahkamah, Ahmad Zaharil segera mendekati dan bertanya berkenaan pertuduhan wanita itu.

@saya..zaharil

♬ original sound – Saya Zaharil

Wanita berkenaan ingin memberikan hadiah kotak pensel yang berharga sekitar RM18 itu kepada anaknya yang berjaya mendapat tempat pertama di sekolah. Namun disebabkan kesempitan wang, wanita itu bertindak mencuri kotak pensel berkenaan.

Apabila mengetahui kisah yang menyayat hati itu, Ahmad Zaharil bertindak segera bagi membolehkan dirinya mewakili wanita tersebut sebagai peguam bela. Di akhir sesi, Ahmad Zaharil berjaya mendapatkan hukuman ringan bagi wanita berkenaan agar anak wanita tersebut tidak terabai.

Menginjak ke 2017, peguam berkenaan ditegur seorang pemuda yang memerhatikannya selama beberapa hari ketika di kantin. Tanpa disangka, pemuda tersebut merupakan anak kepada wanita yang dibela oleh Ahmad Zaharil kerana mencuri kotak pensel dahulu.

Kisah ini pernah dijadikan inspirasi sebuah iklan raya tahun lepas sehingga ia menjadi tular di seluruh negara.

@amzaharil

♬ original sound – amzaharil

Sumber: Saya ZaharilEva Zarina