“knp kne gari. jenayah besar ke abg bas ni “- Peguam Hebat Bantu Jamin Abg Bas Raih Pujian Rakyat Malaysia
PEMANDU bas yang didakwa atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan dibebaskan dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.
Dia dibebaskan selepas pembayaran dibuat di Kompleks Mahkamah Muar pada pagi Selasa.
Menerusi video tular di media sosial, pemandu berusia 24 tahun itu yang diberi gelaran ‘abang bas’ selepas kisahnya tular, dilihat memeluk erat ahli keluarganya yang menanti di perkarangan mahkamah.
VIDEO:
@kosmoonlineProses membayar jaminan Abang Bas sebanyak RM40,000 sedang dibuat oleh Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Muhammad Hariz Md. Yusoff di Mahkamah Muar, hari ini.
Turut kelihatan adalah peguamnya, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Muhammad Hariz Md Yusoff.
Untuk rekod, pemandu bas itu didakwa di Mahkamah Muar atas dua pertuduhan.
Ia membabitkan pertuduhan amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Pertuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Sebelum ini netizen meluahkan kebimbangan terhadap kandungan TikTok yang dimuat naik oleh pemuda berkenaan.
Ini termasuk kapsyen seperti ‘hari ini crush kita buat homework’ yang digunakan pemandu bas sekolah tersebut, dianggap tidak bersesuaian untuk ditujukan kepada murid sekolah rendah.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.