“Diam Fazura diam..” Peminat teriak tngok Video nyanyian suara sumbang. Fazura terima kecaman.

PERSEMBAHAN pelakon Nur Fazura menerusi konsert Tombo Ati Ridho Illahi Opick dan Salman Al Jugjawy yang berlangsung pada malam Sabtu tular dan menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi video yang tular di media sosial, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, dilihat begitu asyik menyampaikan lagu nyanyian asal Ahmad Dhani berjudul Jika Cinta Allah dalam persalinan serba putih.

Bagaimanapun ramai berpendapat pelakon dan usahawan itu terlalu yakin dengan kredibiliti vokalnya sehingga mungkin tidak menyedari suaranya tidak sesuai sebagai penyanyi.

Fazura semasa menyanyi di atas pentas pada malam Sabtu.

Ramai beranggapan, nyanyian isteri pelakon Fattah Amin itu ‘hancur’ meskipun Fazura dilihat sedaya upaya memberikan persembahan terbaik dan penuh perasaan.

Sehinggakan ada memintanya tidak membuka mulut jika berada di atas pentas kerana nyanyiannya terlalu menyedihkan.

“Diam Fazura diam! Yakin sangat tengoknya tu.

“Fazura semua benda saya suka dekat awak kecuali menyanyi. Lebih baik fokus kepada lakonan sahaja,” komen netizen.

Pun begitu, masih ramai memuji sikap dan usaha pelakon filem Pisau Cukur itu melakukan sesuatu perkara sehabis baik meskipun dikecam ramai.

Malah kemunculan Fazura menerusi konsert tersebut adalah dengan niat yang baik apatah lagi lagu disampaikan berunsurkan ketuhanan.

Fazura dan Fattah sempat bergambar dengan UNIC.

“Ini buktinya Fazura memang tak peduli apa orang nak kata, yang penting dia buat apa yang dia nak buat. Keep on going Faz!

“Dia menyanyi bukan sebab suara dia sedap tapi hiburan untuk peminat dia,” komen netizen lain pula.

Selain Fazura, konsert berkenaan turut menampilkan persembahan artis tempatan seperti Amir Masdi, Zizi Kirana, UNIC, Adi Priyo dan Yabang Khalifah.

Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu turut menampilkan alunan selawat daripada pelajar-pelajar tadika Al-Kauthar Eduqibs.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.