Suhaimi Saad Ditidurkan Di ICU, Ina Naim Mohon Doa

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor.

Memetik sumber Harian Metro, , Suhaimi terpaksa ditidurkan dan dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan selain organ dalamannya gagal berfungsi.

“Suhaimi dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman dan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya.

“Difahamkan dia mengalami batuk kronik sejak empat bulan lalu, cirit-birit selama tiga bulan dan berat badannya turun mendadak,” katanya.

Difahamkan Suhaimi sudah berada di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

Sebelum ini, ketua kumpulam In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid memaklumkan keadaan penyanyi itu kurang baik dan sedang ditidurkan.

Menurut Mohd Syahril, dia difahamkan Suhaimi sudah beberapa bulan kurang sihat dan muntah setiap kali makan hingga berat badan susut.

Penyanyi Suhaimi Saad Ditidurkan di ICU

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 43, dilapor ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.

Perkara itu disahkan ketua kumpulam In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid.

Menurutnya, keadaan penyanyi itu kurang baik dan sedang ditidurkan serta dia memohon orang ramai mendoakan Suhaimi kembali sembuh.

Difahamkan Suhaimi sudah beberapa bulan kurang sihat dan muntah setiap kali makan hingga berat badan susut.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.