Ditemui 2 meter dlm tanah, Mayat juruterbng terhemps akhirnya dikenalpsti. Rupanya bkn calang-calang org.

Polis sudah mengenalpasti identiti juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar berkata, mengikut ‘manifest’ (senarai nama penumpang pesawat), mangsa yang terbabit adalah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 dan Roshaan Singh Raina, 42.

Katanya, mangsa yang difahamkan berasal dari Johor dan Pulau Pinang ditemui sekitar jam 2 petang di dalam kokpit.

HUSSEIN (tengah) ketika meninjau keadaan lokasi kejadian pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang.

Terdahulu, Hussein mengesahkan juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan terkorban, dalam nahas berkenaan.

Beliau dipetik berkata, mayat kedua-dua lelaki warga tempatan berusia 30-an dan 40-an ditemui dalam kokpit pesawat yang terjunam lebih dua meter ke dalam tanah.

Katanya, polis menerima maklumat pada jam 1.45 tengah hari berhubung kejadian itu.

DANIEL Yee Hsiang Khoon.

Menurutnya, mayat dijangka dapat dibawa keluar dalam tempoh tiga jam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*