Suami mngaku buat silap sampai isteri minta cerai, Rupanya 13tahun isteri tahan selamani

Perkongsian content creator bernama Siti Nur Nashrah a.k.a Nashkay, 31, tentang kehidupan berumah tangga dengan suaminya, Kelana Shamsudin Alamudi, 63, sering menjadi perhatian netizen media sosial. Jarak usia sejauh 32 tahun bukanlah penghalang untuk pasangan ini menjalani hidup berkeluarga dalam suasana harmoni di samping anak-anak tercinta.

Kenapa sampai nak berpisah? Sayang, please come back…Sayang kenal abang, kan?

Namun baru-baru ini, perkongsian video Kelana yang merayu agar Nashrah pulang ke pangkuannya telah mengejutkan pengikut mereka di TikTok. Tidak mendedahkan apakah kemelut sebenar yang sedang melanda bahtera perkahwinan mereka, namun Kelana berharap supaya permasalahan itu dapat dibincangkan secara baik. Tindakannya memuat naik klip berkenaan adalah atas sebab Nashrah tidak mengangkat panggilan telefonnya.

@nashkay777♬ original sound – Kelana61

Bukan tak cuba sabar, tapi hati ini dah tak mampu…Cukup sampai di sini

Meninjau ke akaun TikTok Nashrah pula, dia menulis kapsyen maaf kerana tak dapat menjadi ibu yang baik buat anak-anak mereka. Wanita ini juga seakan memberi gambaran bahawa perjalanan rumah tangga mereka bakal terhenti sampai di sini sahaja.

Itu adalah luahan hati, Nash takde burukkan mana-mana pihak pun

Menjawab persoalan netizen, dia menafikan bahawa posting mereka adalah content semata-mata. Berkenaan hubungan manis yang dipaparkan ke media sosial pula, itu adalah perkara yang betul dan bukanlah “tipu” seperti yang dianggap oleh netizen.

“Nash kena update sebab sosmed ni tempat Nash cari makan. Kalau Nash buat video live seorang diri lepas ni, orang akan tanya juga. Jadi lebih baik Nash update sesuatu supaya orang tahu”

@nashkay999♬ original sound – Nash

@nashkay999 Replying to @Intan Baiduri ♬ original sound – Nash

KREDIT : TikTok Nashkay777 & Nashkay999

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.