“Salah Ke Saya Sukakan Laki Orang?” – Gadis Keliru Minta Pendapat Ramai
Semalam tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang meminta pendapat daripada netizen apakah wajar dia dia berkawan dengan suami orang, mengundang banyak reaksi netizen.
Difahamkan, wanita berkenaan telah menjalinkan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang itu dan dijangka akan berkahwin tidak lama lagi.
Pernah terlintas di fikirannya untuk menamatkan hubungan tersebut, tetapi disebabkan hati masih sayang dan begitu juga dengan si dia, menyebabkan mereka berdua masih mempertahankan hubungan itu.
“Saya sedar saya berkawan dengan suami orang. Apa patut saya buat? Korang boleh bagi pendapat tak? Saya sayang dia,” katanya.
Bagi wanita berkenaan, tiada salahnya dia bercinta dengan suami orang kerana sudah suka sama suka. Tetapi sekiranya sudah berkahwin, dia bagaimanapun tidak sanggup berdepan dengan madunya.
“Salah ke saya bercinta dengan suami orang? Tapi saya tak sanggup tengok wajah isteri dia. Dia pun tak nak melepaskan saya.
“Hmmm… kami dah nak kahwin tahun depan. Apa saya patut buat? Apa yang terbaik, tolong saya,” katanya pada gambar yang tular tersebut.
Di ruangan komen, netizen menasihatkan dia untuk menggesa lelaki itu memberitahu hal sebenar kepada isterinya sebelum meneruskan niat untuk berkahwin kali kedua.
“Pertama, kalau si suami tak berani beritahu isteri tu nak kahwin nombor dua, maka itu bermakna dia tak mampu.
“Kedua, kalau betul-betul nak berpoligami, buat cara betul dengan menikahi wanita itu. Haram buat main-main sahaja, pastu tak jadi.
“Ketiga, poligami adalah halal. Hati-hati dalam nak mengecam, takut silap kecam hingga mempertikaikan hukum yang Allah SWT benarkan. Silap-silap jatuh murtad.
“Keempat, dalam perhubungan percintaan ini, ikutlah hukum agama, bukannya mengikut nafsu,” komen Narapati Nantaboga.
“Belakang isteri pun boleh curang dik, nanti dia kahwin dengan hang pun curang juga. Sebelum buat sesuatu, fikirlah dulu dik. Takut kirafah berbalik pada awak je,” kata Iman Nuralia Fatin.
Kredit-tr