“Tua2 pun masih bergetah takpe..” netizen, Baru hbis krusus nikah ini kata watie utk shuib

Baru-baru ini, bakal isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa gembira selepas selesai mengambil kursus kahwin bagi persiapan untuk menuju hari bahagianya, tidak lama lagi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Watie di laman Instagramnya, dia mendedahkan peserta tertua berbanding peserta lain dengan mengenakan persalinan serba hitam.

Bagaimanapun, usahawan yang berusia 35 tahun itu tidak kesah dengan perkara tersebut kerana percaya bahawa Allah sudah mengaturkan yang terbaik dalam kehidupannya.

“Peserta Tertua. Takpelah kata orang, yang lambat tu selalunya sebab Allah nak bagi yang terbaik dan yang paling tepat. Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat..Eh!” ujarnya beserta tanda pagar sabar itu indah.

Bukan itu sahaja, Watie turut berkongsi sijil kursus kahwin di IG storynya malah, meluahkan rasa keterujaan untuk membina mahligai sebaik sahaja selesai mengikuti kursus pra-perkahwinan.

 

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar urusan Watie dan Shuib dalam menuju hari bahagia mereka yang bakal tiba tidak lama lagi dipermudahkan selalu.

Sekadar info, Shuib telah melangsungkan majlis pertunangan bersama Watie pada 6 Mei lalu dan bakal diijab kabulkan pada 23 Jun ini.

Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama arwah Siti Sarah dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarani, Dzahira Talita, Ariq Martin dan Ayash Affan.

Sumber: Instagram @Watie Hanifiah

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*