“Kaki terjulur masa ditarik masuk kereta… ” Rupanya Ini punca Tauke emas diculik…

Sejak awal tahun ini, kejadian culik secara ‘rawak’ yang berlaku di sekeliling kita memang cukup meresahkan. Semalam menerusi media sosial, sebuah visual kejadian culik melibatkan seorang lelaki di Palekbang, Tumpat juga sempat mengejutkan ramai. Berdasarkan gambar berkenaan, lelaki yang didakwa sebagai pemilik kedai emas itu telah ditarik masuk ke dalam sebuah kereta jenis Suzuki Swift.

Kejadian culik melibatkan seorang pemilik kedai emas Kota Bharu?

Sumber dalam mesej aplikasi WhatsApp berkenaan turut mendakwa tindakan penculikan itu dilakukan oleh kumpulan sindiket ‘barang terlarang’ yang aktif di negeri Pantai Timur berkenaan. Akan tetapi, kesahihan di sebalik informasi berkenaan masih belum disahkan oleh mana-mana pihak.

Lelaki yang dibawa lari 4 individu berkereta ditemui tanpa sebarang kecederaan serius

Dalam perkembangan terbaru, lelaki berkenaan rupanya telah ditinggalkan di sekitar Tumpat setelah dilarikan oleh 4 individu yang masih belum dapat dikenalpasti identiti sebenar mereka. Dia berada dalam keadaan selamat ketika ditemui, namun ada mengalami sedikit kecederaan ringan.

- IKLAN -

Pihak polis sudah terima laporan & siasatan sedang dijalankan

Ekoran matanya ditutup ketika jenayah penculikan itu berlaku, lelaki ini tidak dapat mengecam wajah-wajah si pelaku. Siasatan berhubung kejadian ini masih dijalankan oleh pihak polis Daerah Tumpat.

KREDIT : Portal Sinar Harian

- IKLAN -