Ramai Salah Sangka Foto Nikah Dengan Hazwani Helmi, Hariz Hamdan Beri Penjelasan – “Maaf Kepada Yang Keliru”
Aktor Hariz Hamdan, 22, tampil memberi penjelasan mengenai perkongsian foto majlis pernikahan bersama pelakon Hazwani Helmi yang mengundang kekeliruan.
Menyangkal tanggapan dia bernikah dengan adik kepada Datin Seri Heliza Helmi, Hariz menjelaskan perkara terbabit menerusi perkongsian di Instagram Story.
“Berkenaan hantaran saya, ramai beranggapan saya sudah berkahwin. Sebenarnya tidak. Sekarang saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri 30 episod berjudul Iqbal.
“Ramai pelakon lain turut terlibat, antaranya Nor Aliah Lee, Dynas Mokhtar, Heliza Helmi, Hazwani Helmi serta ramai lagi dan ia diarahkan oleh Amor Rizan, terbitan Darling Ngasri,” jelas Hariz.
View this post on Instagram
Menjelaskan status dirinya yang masih solo, Hariz turut memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.
“Maaf kepada mereka yang keliru. Ramai pula kawan, media dan client yang bertanya mengenai perkara terbabit.
“Foto yang saya kongsikan tidak berniat untuk meraih publisiti, tetapi ia hanya sekadar promosi untuk drama sahaja.
“Saya masih solo, masih bekerja keras di usia sekarang. Doakan saya mendapat jodoh, Amin,” tulisnya lagi.
Terdahulu, foto acara akad nikah yang dikongsikan di Instagram Hariz dan Hazwani meraih perhatian dengan mendapat hampir 50,000 tanda suka dan 650 komen.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.