“Hentikanlah sebar khabar angin. Dari awal lagi, mereka adalah sebuah keluarga bahagia” – Keluarga

Pihak polis giat melakukan siasatan menyeluruh bagi mengesan suspek jenayah penganiayaan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin. Selain bertumpu pada kawasan sungai dan sebuah stor penyimpanan, pihak berkuasa juga sudah menjalan ujiran saringan DNA berskala besar melibatkan penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai serta pihak keluarga Zayn sendiri.

Setiap hari keluarga kami mengalami gangguan emosi

Namun sejak berita ini dilaporkan beberapa hari lalu, kedukaan ahli keluarga seakan-akan diburukkan lagi dengan sikap segelintir netizen yang suka membuat andaian sendiri. Hinggakan pada Sabtu lalu, datuk kepada Zayn ada memuat naik rayuan meminta orang luar untuk berhenti daripada menyebarkan spekulasi bukan-bukan.

Tidak cukup di situ, muncul pula ura-ura terbaru yang mendakwa Encik Zaim Ikhwan Zahari  adalah bapa tiri kepada Zayn.

Zayn takde ayah tiri…Zayn lahir 9 bulan lepas ibu ayahnya berkahwin

Namun begitu, salah seorang wakil keluarga mereka (menerusi TikTok @Zazahari) telah tampil memperbetulkan salah faham ini. Sepanjang berita dilaporkan, nama Zayn ditulis sebagai “Zayn Rayyan Abdul Matiin” lantas membuatkan orang-orang menyangka “Abdul Matiin” sebagai nama bapanya.

Stop spreading the rumors

Walhal yang sebenarnya, nama penuh anak syurga ini adalah “Zayn Rayyan Abdul Matiin Bin Zaim Ikhwan Zahari”. Berharap agar orang ramai tidak lagi menyebarkan perkara tidak benar, Zazahari turut menyifatkan 4 beranak tersebut adalah sebuah keluarga bahagia sejak awal lagi.

KREDIT : TikTok ziyadanaszahari & FB Zahari Mohd Reba

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.