“Kmi dh ada ank brsama.. klu ada rezeki sy brumah tngga lgi..”- Tular ptus dgn kkasih, Rupany Nabila & Sharnaaz kini…

Usahawan Noor Nabila berkata dia dan bekas suaminya yang juga pelakon Sharnaaz Ahmad sudah lama move on daripada perkahwinan mereka terdahulu.

Dihujani dengan pertanyaan netizen yang memintanya dan bekas suami untuk kembali bersama, Nabila berkata mereka kini sudah selesa dengan kehidupan masing-masing.

Difahamkan, pertanyaan netizen itu susulan kenyataan Sharnaaz yang enggan memberikan komen mengenai hubungannya dengan aktres, Amelia Christie selepas kedua mereka dikatakan saling unfollow Instagram masing-masing.

“Saya dan Sharnaaz sudah lama ‘move on’ dan kami selesa dengan kehidupan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Nabila  berkata dia belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki dan mahu memberi fokus pada diri sendiri serta anak tunggalnya, Jebat Jayden.

“Kami berdua profesional sebab kami ada anak bersama. Lagipun saya belum bersedia untuk menjalin hubungan dengan sesiapa. Saya mahu fokus pada diri dan anak saya. Jujur saya tiada masa nak fikir soal bercinta sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila berkata dia tidak menutup pintu hatinya untuk mendirikan rumah tangga meskipun beberapa kali berdepan kegagalan sebelum ini.

“Kalau ada rezeki untuk saya berumah tangga lagi dan masa itu sesuai saya terima apa saja takdir yang tertulis untuk saya,” katanya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.