“Bagaikan klamat berlaku di Los Angeles…” Selepas keb4k4ran, California kini di4ncam banjir, tanah rvntuh

Selepas dilanda kebakaran hutan terburuk yang mengorbankan lebih 27 nyawa, California kini diancam hujan lebat dan bencana tanah runtuh.

Menurut Utusan Malaysia, ABC News melaporkan, amaran pemantauan banjir dikeluarkan untuk kawasan sekitar Los Angeles yang terjejas akibat kebakaran baru-baru ini.

Kebakaran tersebut tercetus awal bulan ini akibat angin kencang setara taufan selepas lebih tujuh bulan tanpa hujan yang turut mencatat rekod cuaca baharu bagi bahagian selatan California.

ANGGOTA polis wanita membawa anjing pengesan ke kawasan kejiranan Pacific Palisades di Los Angeles.-AFP

- IKLAN -

Pemantauan banjir meliputi kawasan kebakaran Palisades yang kini sudah 79 peratus terkawal serta kebakaran Eaton yang sudah terkawal hampir 95 peratus.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS), risiko tanah runtuh menjadi antara sebab utama amaran tersebut, dengan anggaran kebarangkalian banjir dan aliran serpihan sebanyak 10 hingga 20 peratus.

“Walaupun kemungkinan berlakunya aliran serpihan yang merosakkan adalah rendah, masih terdapat banyak ketidaktentuan dengan ribut ini,” kata pejabat NWS di Oxnard, sambil menambah ancaman itu cukup serius untuk membuat persediaan bagi senario terburuk.

Kebakaran Bridge Fire pada September lalu di Hutan Negara Angeles serta kawasan kebakaran Hughes di barat laut Los Angeles turut termasuk dalam lokasi pemantauan banjir.

Amaran ribut salji turut dikeluarkan untuk kawasan pergunungan San Gabriel dan San Bernardino, termasuk komuniti seperti Wrightwood, Big Bear City, Big Bear Lake, Crestline, Running Springs, dan Lake Arrowhead.

Amaran salji setebal 46 sentimeter (cm) dijangka turun dan cuaca sejuk dikhuatiri berlarutan, sekali gus meningkatkan lagi cabaran kepada penduduk setempat.