Ina Naim Kongsi Video Nyanyian Anak Sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie Buat Ramai Sebak. Lagu Yang Menjadi Memori Akhir Bersama Arwah Suhaimi Saad. Sedih Dengar Suara Hadie, Kerinduan Pada Yang Telah Pergi !!
Lebih 3 bulan sejak penyanyi nasyid popular, Suhaimi Saad pergi menemui pencipta-Nya. Suhami meninggalkan Ina Naim bersama 4 orang anak mereka, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. Ina kini menetap di Kota Tinggi bersama kedua orang ibu bapanya.
Meninjau akaun Tiktok Ina Naim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak sulungnya, Hadie menyanyi sambil bermain gitar. Luahan Ina di ruangan kapsyennya juga mengundang sebak di hati warganet yang menonton video perkongsian Ina ini.
Kata Ina, ketika dirinya rindukan arwah Suhaimi, anak sulungnya ini lah yang menghiburkan hati Ina. Cerita Ina lagi, lagu ini adalah lagu terakhir yang Hadie nyanyikan buat Suhaimi sambil memetik gitar. Apabila diamati, itu adalah lagu Syamel berjudul Lebih Sempurna.
Lunak dan merdu suara Hadie, sama seperti suara ayahnya yang tenang apabila didengar. Sayu sungguh alunan suara Hadie, sarat dengan kerinduan pada sang ayah. Dalam Hadie sendiri rindukan ayah, masih tetap hiburkan hati ibu. Anak yang bagus Hadie, hasil asuhan ayah yang baik.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@inasuhaimi78 Bila time ibu rindu kat ayah,abg hiburkan ibu.lagu terakhir yg abg nyanyian utk ayah.#inanaim #suhaimisaad #laguterakhir #anaksuhaimi #tiadapenghujung #fyp #viral ♬ original sound – INA SUHAIMI
Perkongsian oleh Ina ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet.
” Sedihnya dulu slalu tgok live ss ngn ina.. Al fatihah utk arwah Suhaimi Saad.. sedap suara dalam Hadie, mashaaAllah.. ”
” Al Fatihah Utk Arwah… sama ngan akk kehilangan suami bln 1 ari tu.. rindu sngt². Muga ina dn anak semua sehat sentiasa dlm rahmat dn lindungan Allah.. ”
” Sedap Suaranya.. sbg pengganti ayah nnt .. bakat dah ada tinggal nk digilap .. Moga terus Berjaya dunia dan akhirat.. ”
” Ada bakat tu… JGN DISIA2kan.. Pandainye Abg Main Gitar.. anak yang baik, dia pun rindu tapi tetap hiburkan hati ibu. Al Fatihah buat arwah SS.. ”
” Bakat berbakat… semoga berjaya dalam seni nasyid & lagu2 dakwah seperti Allahyarham…. Semoga yg baik2 buat Ina sekeluarga.. ”
” Kami pun rindu Coleteh hidup arwah dan ina tambah pulak ina dan anak-anak kan.. Sedap Suara Anak.. ”
” Sayu dgr tp itu ketentuan Allah utk hambanye setiap yg hidup pasti kembali kpd sang penciptanye bila smpai waktunya.. Sedapnya Suara Abang… berbakat ikut arwah ayah dia.. ”
” Hadie ada bakat sma mcm arwah ayahnya. Al Fatihah bt arwah ss.. smoga arwah ditempatkn dgn golongan org2 yg beriman.. Ameen Smoga Kak inasuhaimi78 dan ank2 sntiasa kuat ya.. ”
Kerinduan yang tidak akan ada penghujungnya. Allah kurniakan Ina anak-anak yang baik dan soleh yang setia menemani di sisi Ina. Semoga Ina dan anak-anak diberikan kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang dan menjadi ladang pahala untuk arwah Suhaimi di sana.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ina Suhaimi 78
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.