Tak Sangka Begini Kehidupan Anis Suraya Sekarang, Dahulunya Terkenal Sebaris Siti Nurhaliza
Anis Suraya
” Ya Allah sedapnya suara sampai terketar-ketar saya ambil video. Terpukau dan terpesona.”
Itu perkongsian seorang pengguna memuat naik sebuah rakaman video penyanyi popular era 90-an, Anis Suraya yang mencuri tumpuan warga maya baru-baru ini.
Perkongsian di TikTok itu memaparkan Anis Suraya mendendangkan lagu hits nyanyiannya iaitu Cinta Tersimpul Rapi secara spontan di sebuah majlis itu ternyata mengubat kerinduan peminatnya.
Menariknya juga, pemilik nama sebenar Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman tiba-tiba menjadi tular dan rata-rata peminat mahupun beliau muncul dalam program realiti Gegar Vaganza.
Kehidupan Anis Suraya sekarang
Namun, kenyataan terbaru oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Tersimpul Rapi ini pasti akan membuatkan peminatnya melupakan hasrat tersebut.
Ini kerana Anis Suraya,41 sudah membuat keputusan untuk tidak lagi aktif di dalam bidang nyanyian.
” Sebenarnya saya tak ada perancangan untuk masuk GV. Bagi saya, saya tidak akan aktif balik dah dalam industri nyanyian.
” Cukuplah sekadar di belakang tabir, untuk nyanyi dekat anak-anak, untuk di Pesona FM dan di YouTube saya, Anissuraya Official” katanya
Penyampai radio dan kakitangan universiti
Akui rindu akan bidang nyanyian namun bagi Anis, minatnya itu kini hanya terubat dengan bernyanyi buat anak-anak serta para pendengar Pesona FM.
Stesen radio Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terbabit merupakan tempat Anis menggalas tanggungjawabnya sebagai penyampai radio dan kakitangan universiti ternama itu.
Berundur dari industri muzik
” Rasanya sudah sampai masanya saya berundur dari industri muzik tanah air.
” Sebenarnya rindu untuk menyanyi itu ada, tapi rindu itu dilepaskan di media sosial.
” Jadi untuk GV itu memang tidak sebab selalunya GV untuk menempa dan menaikkan kembali nama bagi tujuan lagu dan album baru.
” Saya sendiri tiada hasrat untuk buat album. Kita berikan peluang dan sokongan buat penyanyi yang ingin buat comeback” kata Anis.
Jelas adik kepada penyanyi Shawn Baharin ini, biarpun sudah membuat keputusan untuk berundur namun sebagai seorang anak seni dia akan terus memberikan sokongan pada industri muzik tanah air.
” Bukan anti pada industri, saya akan terus meminat industri muzik cuma tidak lagi pergi secara serius”
” Kalau dulu memang dikatakan nyanyian, saya jadikan sebagai kerjaya namun sekarang hanya sekadar hobi sahaja.
” Saya sekarang pun dah bekerja di Unisza dan syukur alhamdulillah saya enjoy dengan kerjaya saya” katanya lagi.
Suami anggota kerajaan
Menerusi perkahwinan keduanya bersama seorang anggota kerajaan, Azmaimi Mohamad pasangan ini bahagia bersama lima orang cahaya mata.
” Biarpun tidak lagi menjadi kerja seperti dulu, minat saya dalam dunia nyanyian tak pernah padam.
” Bahkan anak-anak saya sekarang pun dah ada yang menunjukkan bakat seni mereka,” ungkap Anis.
Difahamkan anak perempuan sulung Anis iaitu Puteri Elisya Farzana yang berusia 14 tahun mewarisi bakat ibunda tersayang dalam bidang nyanyian.
Selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu, kelibat jelitawan berusia 41 tahun ini jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan.
Anis mendedahkan tumpuannya kini lebih kepada menjaga suami dan anak-anak.
Biodata Anis, sepupu kepada Sultan Terengganu
Lahir pada 18 Disember 1980, Anis merupakan salah seorang artis rakaman di Suria Records, bersama-sama dengan Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Mazleela, Noraniza Idris, New Boyz dan Handy Black
Beliau merupakan anak kelahiran negeri Terengganu dan merupakan sepupu kepada Sultan Terengganu iaitu DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin Al-Watiqu Billah Shah.
Anis Suraya dilahirkan dalam keluarga yang rata-rata amat meminati bidang seni di mana beliau merupakan adik kepada Shaharum, Juara Asia Bagus 1996 dan Shawn Baharin yang lebih dikenali sebagai Ricky Martin Malaysia satu ketika dahulu.
Kerjaya dan Pencapaian
Kerjaya nyanyian beliau bermula selepas menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan 1996.
Anis menerima lamaran daripada Adnan Abu Hassan yang pada masa itu merupakan Pengurus A&R di Suria Records dan menawarkannya kontrak rakaman penuh.
Hasilnya, pada 1998, beliau muncul dalam album kumpulan 2 by 2 Juwitaku di mana beliau menyumbangkan suara untuk empat lagu duet; Siapa Dia Sebelum Daku, Juwitaku, Memori Duka dan Nostalgia Cinta yang turut menampilkan Mazleela.
Pada 1 Februari 1999, album pertama Anis Suraya 1999 mula memasuki pasaran sehingga ke Brunei dan Singapura.
Single Hit pertamanya CInta Tersimpul Rapi telah berjaya mengangkat namanya dalam industri muzik tanah air.
Diikuti dengan album keduanya Getaran Cinta pada 28 Februari 2000 dan album ketiga Suara Hati pada tahun 2003.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.