INTAN LADYANA Kena HINA Dgn Pelakon LELAKI, HARRIS ALIF Ajak ‘Settle’ ISU Dlm GELANGGANG & Kata Ini!

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2025 – Pelakon dan penyanyi Harris Alif mengambil keputusan menyertai Asia Championship 2025 bukan semata‑mata kerana minat terhadap sukan tinju, sebaliknya bagi menuntut semula maruah dirinya dan keluarga. Menurut Harris, 26, keputusan itu dibuat selepas seorang pelakon lelaki yang dikenalinya sejak kecil menghina isterinya, Intan Ladyana, dan keluarganya ketika melakukan siaran langsung di media sosial.

“Dia perli saya kerana berkahwin dengan isteri lebih tua dan turut menyentuh soal ibu. Di mana saya nak letak maruah sebagai lelaki?” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media Asia Championship di Hotel Royal Signature, Sabtu lalu.

Harris (kiri) tidak mahu keluarganya terbabit dalam kemelut yang berlaku.

Harris menjelaskan perselisihan itu bermula ketika mereka berada di set penggambaran di Sarawak pada Ogos tahun lalu. Pelakon terbabit dikatakan menunjukkan sikap yang dianggap biadab sehingga Harris menegurnya. Teguran itu, jelas Harris, tidak diterima baik hingga menyebabkan kedua‑dua mereka berselisih faham sehingga berlaku sedikit pergelutan. Insiden berkenaan bagaimanapun diselesaikan secara baik apabila kedua‑dua pihak saling bermaafan.

TONTON VIDEO PENUH DARI MKMEDIA :

- IKLAN -

Namun, kata Harris, pelakon sama kembali mengungkit isu tersebut beberapa bulan lalu melalui siaran langsung media sosial, sekali gus mencetuskan semula kemarahannya. Apabila mengetahui individu berkenaan turut tersenarai menyertai Asia Championship 2025, Harris segera menerima tawaran pihak penganjur untuk turun ke gelanggang.

“Saya nampak nama dia turut serta, jadi saya setuju terus. Kalau dia berani bersuara di media sosial, saya berani berhadapan dengannya di ring,” tegas Harris.

Harris bakal berentap di Asia Championship 2025.

Asia Championship 2025, yang akan berlangsung pada 18 Oktober depan, menampilkan gabungan atlet, selebriti dan pempengaruh media sosial. Penganjur acara, Datuk Abd Rahman Soltan, berkata edisi kali ini akan menerapkan konsep merentas media sosial untuk menjadikan sukan tinju lebih dekat dengan pengikut digital.

“Kami mahu wujudkan budaya baharu – sukan bukan hanya disaksikan, tetapi dikongsi dan diraikan di platform maya. Semua peserta akan dilatih supaya mereka turut membawa nilai disiplin, fokus dan tanggungjawab seorang ikon sukan moden,” katanya.

Harris, yang mendirikan rumah tangga dengan Intan Ladyana pada Ogos 2023, kini memulakan latihan intensif bagi memastikan dirinya bersedia menyahut cabaran di dalam gelanggang. Dia juga menegaskan penyertaannya kali ini bukan sekadar menunjukkan kekuatan fizikal, tetapi peluang menebus maruah keluarganya secara profesional.

“Ini cara paling adil. Biar kami selesaikan di gelanggang, mengikut peraturan, bukan melalui kata‑kata di media sosial,” ujarnya.

Sumber – mstar.com.my