Luahan Nad Zainal di IG, Ini pula komen Ungku Ismail.

BERITA palsu kisah rumah tangga pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail menjadi bahan terbaharu individu tidak bertanggungjawab mempromosikan produk jualan di medium media sosial.

Kesal dengan tindakan itu, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 33, berkata dia bimbang jika berita tidak benar itu mengundang salah faham dalam kalangan peminat.

“Kalau iya pun nak jual barang, tak perlu tulis macam ini. Dah netizen percaya. Atau ada Nad Zainal lain?

“Nad yang ini (dirinya), yang tulen, jaranglah nak buka mulut canang kisah rumah tangga.

“Penat sis tekan link, bagi link tapi rupanya suruh shopping… Semoga bertaubat,” katanya.

“Saya nak jaga mood di set. Jangan suka buat kelakar di sosial media. Nanti ramai yang lurus percaya.

“Farah Othman lah yang jelaskan sebab Farah Nadia nak shoot,” kata Nad lagi.

Sementara itu, suaminya iaitu Ungku Ismail atau Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz, 37, turut meluahkan rasa kurang senang dengan kaedah mempromosi sebegitu.

“Kalau saya lagi menyampah ada la yang kuat fitnah, cerita buruk sangka, buat cerita ikut suka sebab nak tutup salah sendiri, menghasut orang,” tegasnya.

Sumber : Mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*