“Jangan Jadi Artis Jahil Pergilah Mengaji, Cara Berfikir Dia Amat pendek…” – Ridhuan Tee

Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee, Pendakwah Bebas menyatakan rasa tidak setuju terhadap pandangan yang diutarakan oleh pelakon Datuk Rosyam Nor mengenai kepentingan membenarkan pusat pelacuran beroperasi di negara ini.

Ridhuan Tee Abdullah menganggap cadangan tersebut sebagai bodoh, menyatakan bahawa ia sebenarnya lebih menggalakkan aktiviti tidak bermoral.

“Ini bukan penyelesaian, ini cadangan yang teramat bodoh. Saya syorkan kepada mereka ini pergilah mengaji. Jangan jadi artis jahil…” – Katanya

“Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Bukan cara maksiat atas maksiat. la tidak akan menyelesaikan, malah menambah masalah…” – Katanya lagi

“Apakah kita mahu Kuala Lumpur menjadi seperti Hatyai yang terkenal sebagai pusat maksiat…” – Jelasnya

Ridhuan Tee berpendapat setiap fahaman agama telah mengajar cara mengawal nafsu untuk mengelakkan perbuatan maksiat.

Ridhuan juga menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan penularan penyakit berjangkit kepada rakyat Malaysia jika aktiviti pelacuran dilaksanakan.

Ridhuan menegaskan perlunya amalan gaya hidup sihat untuk mencegah pemikiran hanya terfokus pada hubungan seks sebagai cara pemuas nafsu. Baginya, warga asing perlu mematuhi undang-undang dan menghormati budaya serta cara hidup masyarakat tempatan.

Pandangan Rosyam mengenai perlunya aktiviti pelacuran sebelum ini mencetuskan kontroversi di media sosial, terutama berhubung dengan lambakan warga asing lelaki dan isu jenayah rogol.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: Facebook

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.