Gadis lempang lelaki lepas Tangan sengaja sentuh ni, Akhirnya tampil vldeo penuh ni.

Sedang santai berborak dengan kenalan di sebuah kafe, seorang lelaki terkejut wajahnya tiba-tiba dilempang oleh gadis muda yang baru melangkah masuk ke situ. Sejak dikongsikan 3 hari lalu, rakaman yang tular menerusi TikTok @andyka umar syam manopo ini telah meraih lebih 9 juta tontonan sekaligus mengundang kecaman netizen.

Begnya yang salah atau tengah sensitif kak? Ya sudah, kami yang salah

Awalnya, 2 perempuan dilihat sedang menuju ke dalam kafe sebelum beg salah seorang daripada mereka tersenggol tangan lelaki itu yang sedang direhatkan di sisi kerusi. Tidak semena-mena, gadis berkenaan memberikan refleksi yang cukup drastik. Lelaki baju biru itu hanya mampu terkedu tatkala berdepan situasi terbabit.

@dyka__ yasuudah kami yg salaah #fyp #fypシ #viraltiktok #komedi #cafe ♬ suara asli – andyka umar syam manopo

Di sini aku menyatakan tiada niat atau sengaja mahu menampar abang itu

Selepas video itu viral, gadis bernama Mira itu akhirnya tampil menjelaskan apa yang terjadi. Katanya, tindakan yang dilakukan terhadap lelaki tersebut adalah secara spontan dan langsung tidak disengajakan. Namun di satu sudut lain, dia turut mempertikaikan mengapa lelaki berkenaan meletakkan tangannya dalam posisi sebegitu rupa.

“Tapi di sini, juga sama-sama salah. Abang tu salah, saya juga salah. Kenapa mesti tangannya ke belakang sangat? Tempat begitu ramai orang”

Saya sudah minta maaf dengan abang tersebut

Walau bagaimanapun, Mira mengakui silapnya yang agak terburu-buru ‘angkat tangan’ tanpa berbicara terlebih dahulu dengan individu berkenaan. Klarifikasi ini dibuat setelah Mira mendapat pelbagai pertanyaan dan desakan daripada netizen khususnya di TikTok dan Instagram. Namun jelasnya, isu antara dia dan lelaki itu sudah pun diselesaikan secara baik.kafe

@almirah377 #stitch dengan @andyka umar syam manopo ♬ suara asli – Al Mirah377 – Na_mira

KREDIT : TikTok almirah377 & dyka_

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.