Jari Disarung Cincin Berlian, Betul Ke Puteri Sarah Dah Jadi Milik Orang?

Meskipun sudah berpisah dengan bekas suaminya, pengarah sensasi Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah sering menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, perkongsian Puteri Sarah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video bagi mempromosikan produk tudungnya di Instagram.

Namun, bukan tudung yang menjadi perhatian sebaliknya cincin berlian di jari manis perlakon itu lebih menjadi bualan di ruangan komen.

Malah, ada yang membuat spekulasi bahawa cincin tersebut adalah pemberian pelakon Indonesia, Andi Arsyil.

Tidak kurang juga, ada netizen mendakwa cincin tersebut adalah hadiah daripada aktor itu kepada Puteri Sarah sempena hari jadinya pada 1 Disember lalu.

Pasti ramai tahu mengenai hubungan baik antara pelakon Puteri Sarah dan aktor Indonesia, Andi Arsyil. Malah, kedua mereka sering muncul bersama dalam siaran langsung di TikTok bagi mempromosikan produk mereka.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.